Sunday, November 25, 2012

Mungkin Australia Setuju Jadi Pemantau PRU-13 sekiranya tiada bantahan Lynas ?

Semangat kumpulan Hijau yang berjalan dari Kuantan hingga ke Kuala Lumpur untuk membantah operasi kilang Lynas di Gebeng memang tak dapat kita nafikan . Malangnya , semangat yang ditunjukkan ini tak kena pada tempat bila perjuangan mereka yang kononnya untuk mempertahankan alam sekitarnya dilihat agak 'bias ' , kenapa Lynas saja dan bukan lain-lain kilang petro-chemical di sekitar Gebeng . Kalau mereka begitu 'bijak' memahami proses kilang Lynas yang dikatakan bahan buangannya bersifat radio-aktif dan toksik , apakah yang membezakan kilang Lynas dan kilang2 petro-chemical yang lain di Gebeng ? Sejak dari awal lagi kita sedar , kumpulan Hijau ini hanyalah 'boneka' atau 'parrot' yang dimanipulasi oleh PR. 




Menggunakan sentimen 'alam sekitar' , kempen boikot Lynas dibuat dengan mencampur-adukkan fakta-fakta saintifik yang mengelirukan . Namun, hingga sekarang tidak ada lagi pakar2 radioaktif yang boleh mengesahkan tuduhan yang dibuat oleh kumpulan Hijau ini . Jelas sekali, kumpulan Hijau berjaya diperbodohkan kerana lebih mempercayai 'pakar2 radioaktif' PR . Antara tuntutan kumpulan Hijau ialah meminta Lynas 'balik' ke Australia dan jangan jadikan Malaysia tempat pembuangan 'sampah' . Ironinya, baru-baru ini Anwar Ibrahim terhegeh-hegeh meminta campur tangan Australia dalam memantau pilihanraya di Malaysia tetapi di tolak oleh Menteri Luarnya , Bob Carr . 


Mungkin sikap hipokrit PR dalam sesuatu isu itu yang menyebabkan Australia cukup menyampah dengan parti pembangkang di Malaysia . Bila syarikat Lynas dari Australia nak melabur ke Malaysia , kumpulan Hijau yang didalangi PR cuba menghalau , tapi bila  bab urusan PRU di Malaysia pula kumpulan Kuning yang juga didalangi PR terhegeh-hegeh menjemput pemantau dari Australia ? WTF ??? 

1 comments:

Kata ketua polis Dang Wangi tiada permohonan, tiada notis untuk berdemo tapi kenapa tiada yang kena tangkap, tiada tindakan pada penaganjur. Sekarang orang dah tak hormat undang2 sebab yang ada kuasa tidak berkuasa boleh buat apa mereka suka tiada tindakan.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor