Tuesday, November 13, 2012

Masa makin suntuk , Rafizi Ramli dah terdesak ?

Rafizi Ramli mungkin dilihat Anwar sebagai salah seorang pemimpin pelapis dalam PKR, Rafizi dah di'asuh' oleh Anwar untuk jadi pemimpin sejak zaman sekolah menengah lagi . Dengan latar pendidikan yang agak baik (Kepujian Kelas Kedua Rendah , Kejuruteraan Elektrik) berbanding pemimpin rakan Pakatan yang berada dalam PAS seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar , Rafizi boleh dikatakan antara pemimpin muda Pakatan yang 'feeling' intelek sebaris dengan Tony Pua , Nurul Izzah dan Azmin Ali . Cuma pendekatan yang digunakan oleh Rafizi agak gelojoh dalam membongkarkan segala kisah kemungkaran yang kononnya dilakukan oleh pemimpin2 UMNO .


Kemungkaran2 yang dibongkarkan oleh Rafizi ini walau bagaimanapun ada cacat celanya , terdesak untuk mendedahkan segalanya Rafizi sanggup mengupah orang untuk menyamar dan mengintip segala perlakuan pemimpin2 UMNO yang disasarkan beliau . Pada satu ketika , apabila video lucah lelaki mirip Anwar tersebar di seluruh negara , pemimpin2 Pakatan memperlekehkan teknik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan maruah Anwar , mereka menafikan lelaki yang 'menujah' dalam video itu bukan lah Anwar , tetapi dalam masa yang sama juga mempersoalkan kebebasan individu yang diceroboh .

Walhal sebelum ini mereka cukup suka bila video seks pemimpin BN (CSL) didedahkan umum . Kini pemimpin2 Pakatan seperti menjilat balik ludah mereka sendiri apabila menjadi 'stalker' kononnya untuk mendedahkan kepincangan yang berlaku . Nampaknya pak-pak menteri lepas ni kena nasihatkan keluarga mereka supaya berhati-hati kerana Rafizi dan sahabat handainya mungkin memasang 'spy' untuk memantau anda . Ini lah kebebasan individu yang dilaung-laungkan Pakatan , mana kumpulan2 hak asasi manusia yang selama ini menjadi barua mereka ? Berikut adalah analisa dari KLPos mengenai modus operandi Rafizi yang dilihat agak terdesak .


" Suatu waktu dahulu pembangkang seringkali melaungkan ungkapan 'gutter politic' atau politik longkang, politik kotor dan tercela. Pembangkang jugalah yang mengajak rakyat untuk tidak melayan politik sebegini atas dasar mahu mengelak dari persoalan rakaman video membabitkan Ketua Pembangkang bersama dengan seorang pelacur Cina. Malahan ahli politik pembangkang bukan Islam menganggap ianya sebagai perbuatan peribadi dan tidak perlu diperbesarkan, 'gutter politic' sebagai alasan yang diberikan.

Pola pemikiran pembangkang sememangnya pelik dalam menghadapi sesuatu isu. Sangat selektif dan tidak konsisten. Jika suami kepada seorang menteri menghadapi pertuduhan maka menteri tersebut didesak untuk meletakkan jawatan dalam kabinet. Namun apabila isu yang melibatkan aksi lelaki mirip suami kepada Presiden parti yang terlibat dalam rakaman video aksi pelacur Cina, maka tidak pula Presiden parti tersebut didesak untuk meletakkan jawatan. Malahan cukup sekadar dilakukan penafian dan mengiktiraf perbuatan itu sebagai “konspirasi” dan permainan politik kotor pihak lawan. "

seterusnya di KLPos

2 comments:

CUMA ORANG NODOH DAN BAHLOL SAJA YANG PERCAYA KATA2 PEMIMPIN2 PAKATAN RAKYAT SIAL!!!

dia ingat semua rakyat malaaysia bodoh mcm lembu???

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu