Wednesday, November 14, 2012

Kita dah monopoli ekonomi, politik Malaysia bila lagi ?

Malaysia adalah sebuah negara yang agak unik dimana terdapat pelbagai bangsa , agama dan budaya yang diamalkan di negara ini . Sudah tentulah Melayu sebagai penduduk asal merupakan majoriti penduduk di negara ini , diikuti oleh bangsa Cina dan India . Penduduk berbangsa  Cina dan India berhijrah ke Tanah Melayu apabila dibawa oleh penjajah British untuk dijadikan pekerja bagi membolot kekayaan hasil bumi negara. Tiba satu ketika , jumlah mereka yang ada di sini menjadi semakin ramai , walau bagaimanapun atas sifat toleransi , penguasa-penguasa Melayu pada ketika itu tetap menerima dengan hati yang terbuka . Dan seterusnya hak kewarganegaraan diberikan kepada mereka dalam perjanjian mencapai kemerdekaan.

Dengan kekayaan yang melimpah ruah di negara ini dan dengan sikap rajin yang ada pada penduduk berbangsa Cina , mereka mula menguasai bidang ekonomi . Penglibatan dalam politik adalah semata-mata untuk menjaga dan membela kepentingan kaum Cina saja . Urusan pemerintahan negara tetap diberikan kepada parti yang mewakili orang Melayu selaku kaum yang paling ramai . Walau bagaimanapun, dalam setadan pisang tak semuanya yang baik-baik belaka . Dalam ramai-ramai kaum Cina yang ikhlas bekerjasama dengan kaum Melayu dan India dalam membangunkan negara ini , terdapat segelintir anasir-anasir jahat di kalangan mereka yang cuba menghasut dan mempersoalkan hak2 bumiputera .

Kemuncaknya peristiwa 13 Mei telah berlaku pada tahun 1969 . Selepas berlaku peristiwa itu , tuntutan2 yang berbaur provokatif dari ekstremis2 berbangsa Cina dilihat semakin kendur. Majoriti rakyat mahukan keamanan, rusuhan2 hanya mengakibatkan gangguan pada kehidupan seharian dan jejaskan kegiatan ekonomi. Namun selepas 43 tahun peristiwa itu berlaku , segelintir daripada golongan ini seperti lupa pada sejarah . Tuntutan-tuntutan serupa mula dibuat lagi , tetapi kali ini disokong pula oleh barua-barua yang berbangsa Melayu yang memperjuangkan kesamarataan . Kini,  orang Melayu tak bersatu sepeti dahulu dan terpecah kepada 3 kumpulan iaitu PAS , PKR dan UMNO . 

Perpecahan sebegini lah sebenarnya yang ditunggu-tunggu , apabila berbalah sesama sendiri akan ada yang menjadi batu api . Dan pada masa yang sama , anasir2 ini akan meracun kembali secara halus ... sama seperti apa yang berlaku pada tahun 1969 dahulu , mungkin kali ini lebih berhati-hati dengan menggunakan pelbagai 'topeng' , orang2 Melayu yang bersekongkol diperbodohkan , namun barua2 berbangsa Melayu ini tetap menafikan diri diperbodohkan sambil melemparkan kata2 sinikal kepada yang menegur. Terbaru , jarum2 hasutan ini mula disebarkan kepada rakayat yang berbangsa Cina , supaya operasi hasutan mereka ini tak disedari oleh orang Melayu , risalah2 yang diedarkan ditulis dalam bahasa Cina . Dari blog Papagomo ;


"Mungkin Melayu tidak faham apa yang terkandung dalam risalah yang diedarkan oleh DAP tetapi maknanya adalah :"Kita dah monopoli ekonomi. Ayuh! DAP, MCA, Gerakan! Mari kita kawal politik Malaysia. Sekarang atau tidak.."

"Risalah risalah yang diedarkan ini dengan jelas mengajak kaum Cina tampa mengira fahaman politik sama ada disebelah pihak Kerajaan BN iaitu MCA ataupun GERAKAN untuk bersatu bagi memastikan kuasa politik orang Melayu tersungkur pada PRU 13 ini."

"Apa yang Gomo faham risalah ini telah dimulakan di Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang pertama diadakan di Negeri Sembilan pada 03/11/2012 dan juga di ceramah ceramah yang DAP adakan bermula di Melaka pada 09/11/2012. Nampaknya memang semakin lantang kaum kaum Cina DAP membangkitkan sentimen perkauman didalam Malaysia ini. Kuasa Melayu yang selama ini bersama sama MCA dan Gerakan serta parti parti lain telah digugat secara jelas melalui sifat Racist permainan DAP."

seterusnya di blog Papagomo

4 comments:

Allahhuakbar , jika benar ini yang dimahukan oleh kaum rasis DAP China , tidak mengapa , kita tunggu dan lihat samada berulang lagi peristiwa pahit yang mahu kita lupakan seperti filem Tanda Putera.

Semoga angan-angan tinggal kenangan . Amin..

aku menanti saat itu.....tau la aku mengajar mereka...

kita tahu isu ini memang sensitif kpd orang melayu.... tetapi kita kena faham keadaan skrg hanya beberapa bulan sahaja lagi pru 13 hampir tiba dan melihat pula pd isu murtad yg baru dicetus oleh nurul izzah yang menyebab banyak kebangkitan kemarahan rakyat pd pakatan pembangkang ini dan sokongan pd pr juga berkurng dan sokongan pd bn pula semakin meningkat terutama melayu, bumiputera...melihat pula pd isu dap ini pula menunjukkn isu yang baru ditimbulkan ini tidak ubah seperti mewujud perpecahan dalam komponen bn yang semakin kuat bersatu.... jadi pembangkang hanya untuk mengalih perhatian rakyat drpd isu murtad nurul izzah.melihat pd isu baru ini drp dap ialah parti komponen bn mesti bersatu kukuh dan cuba jangan terpengaruh pd kata2 pembangkang ini.

DI pulau pinang, rakyat cina sanggup dan terang terangan kata mrk pasti menang PRU13 ni..takde segan silu atau takut2 bila berkata pasal kemenangan di Penang. Org kaya cina di Malaysia byk dtg dr penang..silap2 penang akan jd mcm singapura... =(

Jd yg melayu di penang ni nk jadi apa? Dhla takde calon yg berkaliber...terus terang ckp pembaikan yg dibuat dr segi fizikal mmg dijaga betul oleh org DAP di sini sbb mrk nk pastikan kemenangan berterusan utk PRU siap buat KOMTAR yg cantik compared to dulu semasa dalam pemerintahan BN. mmg byk pembaikan dibuat termasuk sistem pentadbiran..so of coursela org suka bila semua cantik, elok teratur...pasti org nk undi mrk nntkan?

syg kita kalah plihan raya lepas, mcm susah nk dpt blk penang kalau UMNO tidak ade calon yg berkaliber..dan sy sedih kerana hak melayu di penang dh mcm takde apa. rumah berjuta2, semua melayu duduk diseberang sbb di pulau rumah mahal etc jd yg beli semua cina...byk lagi if nk cerita..cuma sy risau dan sedih dgn apa yg berlaku di penang..harapkan USM nk letakkan melayu..kalau takde USM mmg minority la kami jadinya.

-farah dr penang-

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu