Thursday, November 15, 2012

Kenyataan Media Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed mengenai Karnival Sayangi Selangor


Kenyataan Media Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed mengenai Karnival Sayangi Selangor


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

  1. Barisan Nasional Selangor akan mengadakan Karnival Sayangi Selangor sempena sambutan Tahun Tahun Baru 2013 bertempat di I-City Shah Alam. Karnival ini akan berlangsung selama empat hari iaitu bermula dari 29 Disember 2012 sehingga 1 Januari 2013.

  1. Karnival Sayangi Selangor ini akan turut memuatkan program-program untuk disertai oleh seluruh rakyat Selangor termasuk golongan belia dan aktiviti seisi keluarga seperti Marathon, konvoi treasure hunt, pameran Produk 1 Malaysia, pameran kerjaya, pameran produk BN Selangor, permainan keluarga paintball, laser-tag, go kart, futsal, gerai jualan dan persembahan-persembahan artis dan kebudayaan.

  1. Selain itu, terdapat juga pameran dan pertunjukan automotif melibatkan kelab-kelab dan persatuan automotif.Rakyat Selangor boleh turut sama melibatkan diri dalam Karnival Sayangi Selangor ini.

  1. Acara kemuncak ialah pada 31 Disember dan kita menjangkakan Perdana Menteri akan turut hadir bagi sama-sama menyambut Tahun Baru 2013 bersama rakyat Selangor diikuti dengan Pertunjukan Bunga Api.

  1. BN Selangor sangat optimis dan kami menjangkakan lebih 300,000 orang akan hadir dalam Karnival Sayangi Selangor ini bagi menyatakan sokongan mereka terhadap usaha Barisan Nasional merampas kembali negeri Selangor dari pihak Pakatan.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu