Thursday, November 1, 2012

Isu Selangor : Teknologi membran yang bakal membebankan

Menteri Besar Selangor , Tan Sri Khalid Ibrahim tetap berkeras bahawa penggunaan teknologi membran adalah lebih murah berbanding pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 . Beliau mendakwa teknologi itu 1/3 kali lebih murah dari kos pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 . Apa yang Khalid Ibrahim mungkin terlepas pandang ialah kos operasi teknologi membran itu sendiri . Ramai yang tertanya-tanya apa yang dikatakan dengan teknologi membran ? Bagi 'pecacai-pecacai' totok Pakatan Rakyat , apa saja yang dikatakan oleh pemimpin mereka , mereka akan angguk saja tanpa membuat kajian mendalam . Bagi yang mungkin mempunyai sedikit latar belakang akademik, mereka akan membuat sedikit kajian yang bersifat separuh jalan  tanpa membuat perkiraan terhadap faktor-faktor lain (1 of 7 step of clear thinking (Edward de Bono) : Considering All Factor) 




Sebenarnya apabila Khalid Ibrahim buat kenyataan mengenai cadangan kerajaan Selangor ingin menggunakan teknologi membran , apa yang terlintas dalam kepala aku ialah subjek Biologi yang dipelajari kira2 17 tahun lepas. Sub topik "Osmosis" , Osmosis ialah proses perpindahan pelarut (air) dari bahagian yang berkepekatan rendah ke bahagian berkepekatan tinggi melalui membran separa telap . Proses perpindahan ini akan berhenti apabila kedua-dua bahagian mencapai tahap kepekatan yang sama. Proses perpindahan secara natural ini berlaku apabila terdapat "tekanan osmotik" di antara dua bahagian cecair yang mempunyai kepekatan berbeza.  Untuk tujuan penapisan air kita tak perlukan proses osmosis , tetapi proses osmosis berbalik atau lebih dikenali sebagai "reverse osmosis" digunakan. Kalau perasan lah , ada vending machine yang jual air "reverse osmosis" atau singkatan RO di premis2 perniagaan.

Proses osmosis berbalik ini hampir serupa dengan proses osmosis,cuma prosesnya berbalik iaitu cecair akan melalui membran separa telap dari bahagian kepekatan tinggi ke kepekatan rendah. Proses ini memerlukan tekanan yang melampaui "tekanan osmotik"  untuk membolehkan cecari dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan cecair berkepekatan rendah . Dalam proses rawatan air , bahagian yang dikatakan berkepekatan tinggi ialah bahagian air yang ingin ditapis yang berpunca dari sungai, tasik, air laut dan sumber2 lain  , bahagian yang dikatakan berkepekatan rendah ialah bahagian untuk disalurkan kepada pengguna2 air iaitu bahagian air yang telah 'dirawat' melalui proses osmosis berbalik tadi. Teknologi yang dikatakan murah oleh Khalid Ibrahim ini untuk penapisan air pada skala yang besar melalui beberapa proses (secara umum) iaitu ;

(klik untuk baca sumber lebih terperinci dari laman web Puncak Niaga)

i. penapis pertama untuk memerangkap zarah2 ,partikel2 , sisa karat dan juga kalsium karbonat (hard water).

ii. penapis kedua dengan liang2 yang lebih kecil

iii. penapis ketiga yang merupakan penapis karbon diaktifkan (activated carbon filter) untuk memerangkap bahan kimia organik dan klorin yang boleh menyebabkan jangka hayat membran menjadi lebih singkat.

iv. penapis keempat ialah membran itu sendiri.

v. penapis kelima ialah satu lagi penapis karbon untuk memerangkap partikel2 yang 'terlepas' dari membran.

vi. bahagian ke-5 , cahaya ultra-ungu untuk membunuh mikrob yang terlepas dari membran.

Untuk proses2 yang dinyatakan di atas , pam bertekanan tinggi diperlukan . Bagi sumber air jenis "fresh water" (punca sungai , tasik , perigi ) . Pam bertekanan 40 hingga 70 bar diperlukan . Untuk tujuan ini , bagi pam jenis "centrifugal" , tenaga yang diperlukan ialah 7.82kWh /m3 . Jadi bayangkan penggunaan tenaga elektrik yang diperlukan untuk proses rawatan air pada skala yang besar ?  Oleh itu tidak hairanlah Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Prof. Datuk Ir. Keizrul Abdullah berkata penggunaan teknologi membran lebih tinggi kosnya berbanding Langat 2, ini berikutan penggunaan kuasa elektrik dan pembakaran diesel bagi meningkatkan tekanan air untuk tujuan penapisan. Khalid Ibrahim hanya melihat pada kos permulaan yang lebih hanya 1/3 daripada kos Loji Rawatan Air Langat 2 tetapi tak pula mengambilkira faktor2 kos operasi dan penyelenggaraan ? Jadi kenapa kata-kata seorang Menteri Besar yang tiada pengalaman dan pendidikan formal dalam bidang kejuruteraan harus dipercayai berbanding seorang professor yang berpengalaman ?

Khalid sendiri mengatakan Singapura dalam tempoh 30 tahun akan menggunakan teknologi membran ,dan banyak negara2 Timur Tengah dah menggunakan teknologi ini. Kenapa Khalid tak pula menceritakan berapa tariff bil air yang perlu dibayar oleh negara2 yang dinyatakan itu ? Singapura sebenarnya telah menggunakan teknologi membran dengan penghasilan Newater beberapa tahun lepas , tetapi masih terpaksa mengimport air dari Johor memandangkan keperluan industri2 terutama penapisan minyak di negara republik itu. Teknologi membran mungkin sesuai digunakan untuk kawasan berkepadatan penduduk rendah seperti di pedalaman yang susah mendapat kemudahan air bersih dan juga khas untuk industri2 yang memerlukan air yang diproses sebegini rupa, namun boleh dikatakan apa yang dicadangkan oleh Khalid adalah sesuatu yang tidak ekonomik kerana teknologi ini hendak di aplikasi di sebuah negeri yang pesat membangun ! Persoalan sekarang kemampuan teknologi ini untuk menghasilkan keperluan air dalam skala yang besar tetapi murah selepas mengambilkira kos2 yang dinyatakan ?



Natijahnya selepas beberapa tahun akan datang kos operasi untuk teknologi membran ini akan jadi tinggi dan akhirnya rakyat juga yang terpaksa bayar bil yang lebih mahal . Apa yang diceritakan dalam entry blog kali ini agak umum, namun sekiranya lebih banyak 'detail' yang diberikan oleh Khalid Ibrahim mengenai 'teknologi membran' beliau maka lebih banyak cacat cela cadangan ini akan dihujahkan. Perbandingan boleh dibuat dari segi kos awal, kos operasi , kos selenggaraan dan dari segi mitigasi sekiranya berlaku kecemasan (backup system).  Ini lah yang berlaku apabila orang yang tidak pakar cuba menyibuk , hal berkenaan memilih antara 2 sistem yang baik bukan hanya berkait dengan ekonomi saja tetapi ekonomi kejuruteraan !


1 comments:

TDS yg tinggi dlm air akan menyusahkan proses RO, 10 taun lepas dah d cuba dan loji tersebut ditutup kerana gagal kos effektif. Nak buat sesuatu kena panggil konsultant.. kalo x lagi membazir.

Yann KMAM

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu