Monday, November 5, 2012

Isu Selangor : Selangor Lebih Maju dibawah pemerintahan Pakatan ?

Capture 'tweet' dari portal online Selangorku, kononnya Khalid Ibrahim nak dedahkan bukti Selangor lebih maju di bawah Pakatan Haram berbanding BN . Kenyataan yang dibuat oleh Khalid ini nampak agak terdesak. Masakan Khalid boleh mendakwa Selangor lebih maju dibawah Pakatan dalam hanya tempoh 4 tahun memerintah berbanding BN yang dah memerintah Selangor berpuluh tahun?

Khalid dilihat cuba 'take credit' dari apa yang telah dibuat oleh kerajaan BN Selangor sebelum ini. Apalah sangat kemajuan yang boleh dicapai dalam tempoh 4 tahun?Lagipun,Pakatan 'cuci kaki' ambik alih kerajaan Selangor yang memang kita tahu antara negeri maju di Malaysia. Jadi apa yang Khalid maksudkan dengan lebih maju di bawah pemerintahan PR ?

Kilang2 yang nak dibuka di negeri ini pun terpaksa ditangguhkan kerana SYABAS tak berani jamin ada air yang cukup, selain itu, tiba musim hujan, banyak kejadian banjir yang berlaku, pusat pembelajaran yang melatih pelajar dalam teknologi tinggi iaitu UNISEL yang hampir 'bungkus' dan sewa kompleks kerajaan dinaikkan ? Adakah semua yang dinyatakan diatas adalah tanda2 kemajuan sebuah negeri?
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

1 comments:

Maju bersama lendir Chinadoll....

Takebeer!!!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu