Monday, November 5, 2012

Isu Selangor : Masjid di Selangor Banjir Kerana Najis-Najis Politik ?

Masjid kena tempias banjir lagi , ironinya seminggu selepas Anwar Ibrahim menjejakan kaki dan memberi ceramah di masjid berkenaan . Adakah ini satu suratan atau kebetulan ? Sebelum ini , perkara yang hampir sama juga berlaku apabila Exco bukan Islam Selangor memberikan 'tazkirah' dalam sebuah masjid di Klang .  Petunjuk sudah diberikan berulang kali, adakah penyokong2 Pakatan masih belum terjaga dari lena diulit 'syaitan2' bertopengkan manusia ini ? Banjir yang berlaku di Selangor salah siapa ? UMNO lagi ? Pada siapa lagi jari MB Pakatan ni nak ditundingkan ?



Usaha tebatan banjir pernah cuba dilakukan sejak zaman BN lagi namun apabila Pakatan ambil alih terus saja dihentikan . Paling mendukacitakan ialah masjid tempat orang Islam beribadat juga tak terlepas dari bencana ini . Aku sendiri terperangkap dalam banjir kilat di Klang petang tadi , terbayang kalau ada kecemasan bagaimana mereka yang terlibat nak menguruskannya dek terputus hubungan dengan tempat2 lain . Cukuplah pasal banjir di Selangor setakat ini, cuma aku nak memfokuskan pada apa yang dibangkitkan oleh blog Sel13 , bagaimana kesucian sebuah masjid yang dicemari dengan najis-najis politik akhirnya mendapat musibah , bayangkan itu baru masjid kalau negara ?

Dari Sel13

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pihak PKR dan PAS sedang berusaha untuk menembusi kampung berkenaan dengan pelbagai majlis dan program. Namun setakat ini usaha mereka belum menampakkan kejayaan yang memberangsangkan.

Dalam usaha mereka untuk memikat pengundi-pengundi Bukit Naga, pada penghujung September 2012 PKR dan PAS telah membawa Anwar Ibrahim ke kampung berkenaan untuk bersolat maghrib dan meyampaikan kuliah maghrib di Masjid Al Bakri, yang juga menjadi landmark kampung berkenaan."

Cerita penuh di Sel13.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu