Monday, November 19, 2012

Isu Kondominium Batu Caves : Ronnie Liu malukan BN ?

Sebelum ni aku ada baca dalam online portal , rasanya dalam FMT atau Malaysiakini . Wahh bukan main gebang lagi Ronnie Liu nak tunding jari kononnya kondo Batu Cave yang jadi isu baru2 ni dah diluluskan sejak zaman BN , perghh rupanya-rupanya menipu jugak mamat ni , dia belit sana sini sampai pakcik2 yang buat demo dekat Batu Cave itu hari tu pun naik confuse , yea lah depa bukan orang korporat atau orang2 yang biasa terlibat dalam construction . Boleh la Ronnie Liu nak belit , yang paling tak boleh blah aku tengok komen2 yang dibuat dalam FMT atau Malaysiakini dengan statement Ronnie Liu tu bukan main kuat menyindir... kononnya depa lah pandai , kononnya pakcik2 yang buat demo ni tak reti maksud Development Order yang dah diluluskan sejak zaman BN lagi . Dari KLPos , kita singkap kisah di sebalik spin yang dibuat oleh otai DAP ni ..



"Liu juga memaklumkan bahawa kelulusan pembangunan telah dikeluarkan pada March 2008 . Walaupun PR mengambil alih Selangor pada March 2008, ahli-ahli Majlis PR hanya mengangkat sumpah pada Julai 2008 dan mendakwa kelulusan yang dibuat itu adalah kerja-kerja Ahli Majlis BN semasa proses peralihan kuasa.

Kenyataan yang dibuat oleh Liu agak mengelirukan dan seolah-olah cuba menyembunyikan beberapa fakta-fakta penting yang lain. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila ahli-ahli Majlis BN yang bukan lagi berada dalam kerajaan negeri masih boleh membuat keputusan untuk meluluskan sesebuah pembangunan. Walau bagaimanapun, kekeliruan yang ditimbulkan oleh Liu kemudiannya dijelaskan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Chor Chee Heung melalui satu kenyataan akhbar pada 16 November 2012.

Dari kenyataan akhbar berkenaan, pelan bangunan projek telah diluluskan oleh Jawatankuasa One Stop Center (OSC) pada 24 March 2008 iaitu dua minggu selepas PRU-12 . Pelan bangunan ini juga telah mendapat perakuan oleh Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Selayang pada 10 Julai 2008 yang dianggotai Ahli-ahli Majlis dari PR.

Ironinya , kenyataan Liu sebelum ini mengatakan kelulusan yang dibuat pada March 2008 adalah kerja-kerja Ahli Majlis BN adalah tidak benar kerana tiada Ahli Majlis dari BN yang hadir semasa mesyuarat Jawatankuasa OSC diadakan pada ketika itu disebabkan tempoh transisi. Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini akhirnya menyebabkan Liu dilihat seperti cuba mencari jalan penyelesaian yang mudah dengan menundingkan jari pada kerajaan negeri terdahulu tanpa benar-benar mengkaji kronologi kelulusan bagi projek ini."

selanjutnya di KLPos


1 comments:

INI KER MUKA GANGSTER CINA YANG BYK BESAR KEPALA TU....

LU PUNYA MUKA MCM BABI LAA......

LU KEPALA GANGSTER CINA LU TGGU NNT GUA BG LU PECAH KEPALA PUNYA.......

GUA TAK TAKUT SAMA KEPALA GANGSTER CINA DLM MALAYSIA NI......

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu