Saturday, November 17, 2012

Harun Taib Menipu Perwakilan Muktamar PAS ? Karpal said DAP never agreed to hudud !

Sebenarnya aku tak faham apa motif PAS berulang-kali mengatakan Pakatan Rakyat akan melaksanakan hukum hudud setelah Putrajaya berjaya mereka ambil alih . Kali ini terbaru dalam muktamar PAS , Ketua Dewan Ulama PAS , Datuk Harun Taib mengulangi lagi kenyataan bahawa rakan2 sekutu dalam Pakatan Rakyat secara umum bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan sekiranya memenangi PRU-13 .  Hari ini Karpal Singh dengan konsisten sekali lagi menegaskan DAP tak pernah bersetuju perlaksanaan hukum hudud . Kenyataan Karpal tetap konsisten dari dulu hingga sekarang , begitu juga dengan pandangan lain-lain pemimpin DAP .



Persoalan sekarang apakah sebenarnya yang PAS cuba sampaikan kepada penyokong-penyokong mereka apabila dengan jelas tiada sebarang kata putus berkenaan hudud di kalangan sekutu2 Pakatan Rakyat terutamanya DAP ? Jelas disini seorang yang digelar Ketua Ulama dalam PAS menipu secara terang-terangan apabila kenyataan Karpal Singh dikeluarkan di dalam akhbar pada hari ini . Malangnya, penyokong-penyokong taksub PAS masih percaya dengan ucapan Datuk Harun Taib yang 100% kantoi . Kita tertunggu-tunggu respon PAS dengan bidasan Karpal yang terbaru ini . Adakah mereka akan cuba memutarbelitkan fakta dengan mengaitkan kenyataan Presiden MCA pula ? Dan golongan2 Erdogan di kalangan mereka pula akan bijak memanipulasikan kenyataan Datuk Harun Taib ini mungkin dengan mengatakan hukum ini tak akan dijalankan serta merta dan pelbagai alasan akan diberikan .



Disini kita dapat melihat , tak semua pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bersetuju dengan pelaksanaan hudud . Tetapi pada masa yang sama mereka perlukan PAS kerana sedar 'kekuatan' PAS adalah pada ketaksuban dan keberanian membabi buta penyokong-penyokong parti itu . PAS secara konsisten boleh menurunkan ramai penyokong2 mereka dalam mana2 program Jelajah Rakyat yang dianjurkan oleh DAP atau PKR . PAS mengamalkan prisip 'tak berkira' dengan sekutu-kutunya , kita dapat lihat PAS ikhlas ingin berjuang bersama-sama DAP dan PKR , keikhlasan perjuangan mereka ini akhirnyaa telah membuatkan mereka seolah-olah dipergunakan dan diperkotak-katikkan . PAS dilihat banyak bersabar dan bertoleransi dengan dua lagi sekutu mereka , sedangkan kekuatan Pakatan Rakyat itu adalah hasil dari momentum yang dicetuskan oleh penyokong-penyokong tegar PAS .

PKR dan DAP tak akan kemana kalau tanpa ada sokongan penyokong2 tegar PAS , mereka ini boleh dikatakan terlalu naif hingga seolah-olah diperbodohkan dan digunakan . Mungkin juga kerana terlalu bencikan BN dan UMNO , mereka sanggup 'ditunggangi' oleh rakan2 'seperjuangan' ? Tapi sampai bila penyokong-penyokong PAS yang berada dalam kategori cerdik boleh bersabar ? Terbaru dalam muktamar dah ada suara2 yang meluahkan rasa tak puas hati dengan lidah rasmi PAS iaitu Harakah yang seolah-olah sekarang banyak digunakan untuk melambung pemimpin2 sekutu PAS , seolah-olah menunjukkan pemimpin2 dari PAS itu sendiri tiada kredibiliti . Agak malang bagi PAS kerana dipimpin oleh seseorang yang rela diperkotak-katikan dan rela berkompromi dengan wadah perjuangan sebenar hanya demi menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional .

Kemuncaknya sekiranya Pakatan Rakyat kalah teruk pada pilihanraya ke-13 nanti , pertama sekali sistem pilihanraya akan dipersalahkan , kemudian akan ada lagi perhimpunan haram besar-besaran . Namun , sekiranya tetap tiada sambutan dari rakyat , maka masing2 barangkali akan mula menunding jari sesama sendiri . Dan pada ketika itu , mungkin barulah akan ada revolusi sebenar dalam kepimpinan PAS . Puak-puak erdogan eloklah berhijrah ke parti yang lebih sesuai dengan jiwa mereka iaitu PKR . Entahlah PKR masih akan wujud sekiranya Pakatan Rakyat mengalami kekalahan yang teruk pada PRU-13 akan datang ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu