Thursday, November 29, 2012

Domino 'effect' ekonomi sekiranya kerajaan bertukar pemerintah


Menurut penganalisis pelaburan , pelabur-pelabur yang sedia ada di Malaysia mungkin akan meninggalkan negara ini sekiranya tampuk pimpinan kerajaan sedia ada berubah . Sebenarnya apa yang dinyatakan itu ada benarnya , dasar-dasar kerajaan sedia ada yang menyebabkan banyak pelaburan masuk ke dalam negara ini. Kerajaan yang dah mempunyai rekod cemerlang 55 tahun, menjadikan negara ini aman dan menyediakan segala kemudahan yang mencukupi untuk pelabur-pelabur menjalankan kegiatan mereka di negara ini .


Tidak mustahil keyakinan pelabur-pelabur yang ada itu akan menjadi goyah sekiranya pemerintahan bertukar. Masakan tidak ? Bayangkan mereka sedang melabur dalam negara di mana pentadbiran baru langsung tak mempunyai pengalaman dalam urusan pentadbiran negara. Tambahan pula dengan dasar-dasar kurang menyakinkan di negeri2 bawah pentadbiran pembangkang. Sedangkan belum ambil alih kerajaan pun dah menyusahkan pelaburan , ini kan pula kalau dah ambil alih kerajaan .

Contoh mudah , kesukaran untuk melabur kerana jaminan bekalan air dan tenaga elektrik (rujuk kerajaan Selangor) . Oleh yang demikian, rakyat perlu berfikir dengan sebaiknya tentang perkara ini , janganlah pula dalam keghairahan menumbangkan kerajaan sedia ada aspek2 lain diketepikan . Mungkin seronok sekiranya ia menjadi kenyataan tetapi natijah yaang perlu dihadapi adalah sangat2 menyusahkan. Kalau pelabur lari , pekerjaan pun 'lari' lepas tu akan berlaku lah apa yang dikatakan 'domino efek' .

Baca seterusnya di KLPos untuk teliti apa yang dikatakan oleh penganalisis pelaburan ini.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu