Friday, November 23, 2012

Anwar bandingkan standard pilihanraya Afganistan , Myanmar dengan Malaysia

Sebelum ini aku pernah menulis artikel mengenai penolakan kerajaan Australia untuk campur tangan dalam urusan pilihanraya di Malaysia . Pada ketika itu , Anwar mungkin menggunakan sahabat beliau yang kontroversi iaitu Senator Xenophone bagi membangkitkan hal berkenaan di dalam parlimen Australia . Walau bagaimanapun , Menteri Luar Australia Bob Carr dengan jelas menolak cadangan yang dikemukakan oleh Senator Xenophone . Klik di sini untuk baca artikel .



Mungkin tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Carr , Anwar kemudian menulis sendiri surat kepada Carr meminta Australia campur tangan dalam urusan pengundian di Malaysia.  Carr dalam satu temuramah memaklumkan bahawa beliau menerima surat yang ditulis oleh Anwar pada hari Isnin (19 Nov 2012) , walau bagaimanapun menegaskan Australia hanya akan bertindak sekiranya ada jemputan dari kerajaan Malaysia sendiri . Anwar nampaknya masih tak faham-faham dengan mesej yang cuba disampaikan oleh Australia kepada beliau , iaitu "kami tak mahu masuk campur!" .

Anwar dalam satu nota kepada pemimpin Australia itu seolah-olah menyindir apabila mempersoalkan tindakan Australia yang double standard yang mahukan pilihanraya adil berlaku di negara2 seperti Afghanistan dan Myanmar , tetapi mendiamkan diri apabila ada permintaan mahu perkara yang sama untuk Malaysia . Bob Carr mungkin berasa pelik dengan tindakan Anwar yang membandingkan pilihanraya Afghanistan, Myanmar dengan Malaysia . Standard ketiga-tiga negara ini adalah amat berbeza sekali . Malaysia boleh dikategorikan sebagai negara yang pesat membangun, banyak pelaburan asing , dan negara yang ekonominya agak stabil di rantau Asean , dan yang penting sekali hanya segelintir rakyat yang kononnya merasa diri ditindas ! Berlainan sekali dengan apa yang berlaku di Afghanistan dan Myanmar .

Isu video seks Anwar mungkin telah sampai ke peringkat antarabangsa . Kajian dari pakar2 luar telah mengesahkan siapa sebenarnya lelaki dalam video itu . Walaupun berkali-kali dinafikan si empunya tubuh, mungkin ramai yang sedang bercakap mengenainya di belakang . Tak mustahil , hal ini tersebar luas di kalangan pemimpin2 antarabangsa . Jadi , mungkin mereka tahu benar dengan Anwar punya 'silat' , 'spin' dan macam2 lagi . Tindakan Anwar melobi ke hulu dan ke hilir di peringkat antarabangsa mungkin sia-sia saja . Kenapa tak melobi saja untuk Peranchis jadi pemantau pilihanraya di Malaysia ? Kata nya ada kes besar melibatkan kerajaan Malaysia di sana ? Atau kenapa tidak minta saja campur tangan US dalam pilihanraya di Malaysia ?  Entah lah apa yang difikirkan oleh Anwar , mungkin sekarang dah tergugat dengan 'demand' PAS untuk jadi PM sekiranya Pakatan menang ?

Artikel2 berkaitan ;

http://www.radioaustralia.net.au/asia/2012-11-21/malaysias-anwar-calls-for-australia-to-help-in-election/1049362

http://www.klpos.com/politik/26851-pru-13-australia-tolak-rayuan-anwar

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu