Friday, October 19, 2012

Syarikat milik kerajaan rugi RM 2.446 billion !

Dari laporan Audit 2011 , prestasi 47 syarikat milik kerajaan telah dianalisa dari tahun 2008 sehingga 2010 . Hasil analisa, 23 daripada jumlah diatas telah memperoleh keuntungan sebelum cukai selama tiga tahun berturut-turut berjumlah RM 255.834 billion . Manakala 9 buah syarikat pula mengalami kerugian terkumpul untuk tempoh 3 tahun berturut-turut dengan jumlah RM 2.446 billion. Kerugian terkumpul untuk tempoh 3 tahun berturut-turut bagi syarikat milik kerajaan adalah sesuatu yang mengejutkan, ini kerana syarikat-syarikat ini mempunyai beberapa 'kelebihan' berbanding pesaing-pesaing yang lain terutama dari segi kemudahan kerana berstatus milik kerajaan. Segala urusan sepatutnya menjadi lebih mudah, tambahan pula dengan segala peruntukan yang telah disediakan oleh kerajaan. Oleh itu prestasi syarikat bergantung kepada pengurusan yang baik dan berhemah .


Sembilan buah syarikat milik kerajaan yang mengalami kerugian selama tiga tahun berturut-turut dibahagikan kepada empat sektor iaitu ekonomi, sosial, teknologi dan infrastruktur. Syarikat-syarikat berkenaan ialah Halal Industry Development Sdn Bhd dan Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd dalam sektor ekonomi , Indah Water Konsortium Sdn Bhd dalam sektor sosial, Jaring Communication Sdn Bhd dan Inno Bio Ventures Sdn Bhd dalam sektor teknologi, Jambatan Kedua Sdn Bhd, Assets Global Network Sdn Bhd, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Syarikat Prasarana Negara Berhad dalam sektor infrastruktur.Sekiranya diteliti sebahagian daripada senarai syarikat yang mengalami kerugian, selain faktor perancangan dan pengurusan yang lemah , faktor desakan tanggungjawab syarikat berkenaan terhadap rakyat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan yang murah tetapi berkualiti juga antara faktor penyebab. Daripada senarai syarikat yang mungkin mengalami dilemma ini ialah Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Syarikat Prasarana Negara Berhad.


seterusnya di KLPos.com

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu