Tuesday, October 16, 2012

Senator Australia anggap pilihanraya di Malaysia adalah kotor !

Walaupun perbahasan di Parlimen Australia di antara Nick Xenophone dan Menter Luar Australia Bob Carr dah selesai lebih kurang seminggu lepas , aku rasa elok juga aku buat satu 'entry' untuk peristiwa yang boleh dianggap penting ini . Dari laman web parlimen Australia (klik sini) , menunjukkan transkrip perbahasan di antara Nick Xenophone dan Bob Carr mengenai sistem pilihanraya di Malaysia  .



Xenophone dalam soalannya kepada Bob Carr selaku Menteri Luar Australia ,menyuarakan kebimbangan 2 orang wakil NGO (Bersih ) dari Malaysia iaitu Ambiga dan Andrew Khoo mengenai ketidaktelusan yang akan berlaku pada pilihanraya umum ke-13 . Beliau bertanya kepada Bob Carr samada menteri dan kerajaan Australia sedar mengenai perkara ini . 

Carr dalam jawapannya kepada Xenophone mengatakan Malaysia akan mengadakan pilihanraya paling lewat dalam bulan April 2013. Senator Carr menyatakan bahawa beliau sedar mengenai demonstrasi Bersih yang diadakan pada April 2012. Namun, beliau menegaskan soal proses reformasi pilihanraya di Malaysia adalah hak orang Malaysia dan kerajaan Malaysia . Jawapan Carr jelas menunjukkan Australia tidak berminat untuk mencampuri hal ehwal kerajaan Malaysia. 

Mungkin tidak berpuashati dengan jawapan Carr, Xenophone mengemukakan satu lagi soalan iaitu peranan Australia sebagai pemerhati antarabangsa dalam pilihan-pilihanraya serantau yang diadakan dan adakah Australia akan memaikan peranan sebagai pemerhati untuk pilihanraya di Malaysia bagi memastikan pilihanraya yang bersih dan adil. Xenophone juga cuba memancing Carr dengan bertanya apakah kerajaan Australia bersedia memberikan sokongan pada pemerhati antarabangsa atau dari ketua pembangkang sendiri untuk memastikan pilihanraya di Malaysia di adakan dengan adil .

Carr membalas dengan jawapan yang mungkin mengecewakan Xenophone apabila menyatakan samada Australia ingin menghantar pasukan pemerhati adalah berdasarkan permohonan dari kerajaan Malaysia itu sendiri dan Australia sendiri tak mempunyai rancangan untuk menghantar pasukan pemerhati ini, walau bagaimanapun sekiranya ada permintaan dari kerajaan Malaysia , maka Australia akan memberi respon kepada permohonan itu.  Carr juga menyatakan beliau difahamkan jawatankuasa pilihanraya di Malaysia sendiri sedang mempertimbangkan untuk menjemput beberapa pemerhati antarabangsa semasa proses pilihanraya diadakan. Selain itu Carr menyatakan hujah kerajaan Malaysia yang mempertahankan pilihanraya yang dijalankan pada pemilihan yang lepas adalah adil apabila kerajaan yang memerintah sekarang telah kehilangan 2/3 majoriti di parlimen. 

Sekali lagi , Carr menekankan segala yang dinyatakan itu adalah urusan kerajaan Malaysia. Walaupun didesak dengan pelbagai soalan-soalan provokasi dari Nick Xenophone yang seolah-olah cuba menjatuhkan imej kerajaan Malaysia di dalam parlimen Austalia , namun respon dari Bob Carr amat jelas menunjukkan kerajaan Australia tak berminat nak campur tangan dengan apa yang diperjuangkan oleh Ambiga . Kerajaan Australia sedar sistem pilihanraya yang dijalankan di Malaysia adalah adil , kalau tak tentu saja Senator Bob Carr tak akan membangkitkan soal kehilangan majoriti 2/3 kerajaan Barisan Nasional semasa pilihanraya yang lepas.  Nampaknya hanya Senator Nick Xenophone saja yang anggap sistem pilihanraya di Malaysia kotor . 


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu