Saturday, October 6, 2012

Sabotaj projek RAPID Penggerang dari dalam dan luar ?

Dalam sidang akhbar yang dibuat oleh Ketua Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR hari ini mencadangkan projek RAPID supaya dipindahkan ke Kertih . Pelik sekali cadangan yang dibuat itu , seolah-olah 'takut' untuk bersaing dengan Singapura yang kebetulan mempunyai hub yang hampir serupa di sebelah perairan negara mereka . Jelas sekali tujuan projek RAPID di Penggerang adalah untuk negara menguasai laluan perairan khususnya untuk industri petrokimia. Kita ada hub di Melaka, di Sungai Udang Port (terbaru projek LEKAS yang masih berada dalam pembinaan) dan di Kertih . Tapi kita masih tak ada hub yang serupa di selatan tanah air, pernah satu ketika dahulu (beberapa tahun lepas) projek Asian Petroleum Hub cuba dibina berhampiran Tanjung Pelepas , tapi tersangkut di tengah jalan dek kekurangan dana.


Mujur lah projek APH ni digantikan pula dengan projek RAPID, Penggerang . Jadi takde lah Singapura bolot semua , ada persaingan  yang sihat dari jiran. Tapi nampaknya Singapura macam tak nak persaingan ini berlaku, maka mungkin melalui proksi mereka di negara ini , Singapura cuba menjahanamkan projek RAPID ini. Projek RAPID ini bakal memberi impak yang besar kepada ekonomi negara, lebih banyak pelaburan dan peluang pekerjaan akan diwujudkan . Pelik kenapa Pakatan Rakyat cuba menghasut rakyat untuk menolak semua ni. Tapi hati ni kuat mengatakan, sekiranya mereka ambil alih kerajaan , projek RAPID akan tetap diteruskan di Penggerang dan bukannya Kertih . Untuk makluman, projek telah pun diteruskan . Kontraktor dah bagi Purchase Order yang bernilai berjuta-juta ringgit kepada vendor , dan mereka sedang kejar masa untuk memastikan projek ini siap dalam tempoh yang ditetapkan .

Bayangkan kalau PR ambil alih negara , mereka arahkan kontraktor2 ini berhenti meneruskan operasi pembinaan . Apa akan jadi dengan barang2 dan peralatan yang dah ditempah, sedangkan duit dah dikeluarkan ? Sekiranya ini berlaku kontraktor berhak menyaman kerajaan Malaysia . Tak pasal2 lagi kerajaan kena belanjakan duit berbillion ringgit untuk compensate kontraktor . Dan pelabur-pelabur pula pasti hilang minat apabila projek ini dipindahkan ke Kertih sedangkan target mereka ialah di lokasi strategi Penggerang . Jadi perpindahan projek ini ke Kertih takkan memberi sebarang faedah malah akan merugikan kerajaan kerana terpaksa bayar pampasan kepada kontraktor .


Mungkin sekiranya PR berjaya ambil alih kerajaan , mereka akan guna pendekatan selamat iaitu teruskan projek . Masa tu , baru lah penduduk2 yang kononnya teraniaya akan ternga-nga . Bukan tak pernah berlaku pun , tengok je peristiwa kat Penang tu , kononnya tanah penduduk Kg. Buah Pala takkan dirampas kalau PR ambil alih . Namun sebaliknya yanag berlaku , rampas tetap rampas dan projek tetap projek . Jadi bantahan-bantahan yang di buat oleh PR sekarang hanya lah cuba meraih populariti dari segi politik . Ohh ya, ada satu lagi 'point' yang mungkin kita boleh kaitkan dengan sabotaj orang sebelah sana , bertentangan dengan projek RAPID, Penggerang ni ada sebidang tanah tambak yang terbentang luas bakal dibangunkan sebuah kawasan urban. Mungkin ada perasaan tak senang disitu apabila tempat itu bakal menjadi lebih sesak dengan kapal2 dan mungkin juga bimbang faktor2 pencemaran? Mungkinkah persepsi2 sebegini bakal memberi kesan kepada nilai hartana disitu ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu