Saturday, October 20, 2012

Isu Selangor : RM 745 juta untuk projek tebatan banjir berjaya dijimatkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor

Laporan yang dikeluarkan oleh portal online KLPos mengenai kecaman penduduk Klang terhadap pihak berkuasa tempatan yang gagal mengatasi masalah banjir yang berlaku di daerah itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kurang prihatin dengan isu-isu yang di hadapi oleh penduduk-penduduk setempat. Walaupun penduduk mendakwa Menteri Besar telah menjanjikan peruntukkan sebanyak RM5 juta untuk mengatasi masalah itu , namun pelaksanaaan dilihat kurang berkesan . Penduduk juga tertanya dimana hilangnya wang yang disalurkan oleh Menteri Besar kepada pihak berkuasa tempatan atau benarkah ada wang yang disalurkan untuk atasi masalah banjir di kawasan itu?


Malang buat kerajaaan Pakatan Rakyat di Selangor kerana musim hujan kembali lagi dan segala masalah yang kononnya mampu mereka selesaikan sejak mengambil alih kerajaan negeri Selangor hanyalah janji-janji manis pilihanraya semata-mata. Panas tak sentiasa berpanjangan ... bila musim panas tak nampaklah masalah  besar yang bakal dihadapi penduduk2 Selangor . Sekarang dah sampai musim hujan, beberapa tempat yang dahulunya banjir teruk menunjukkan tanda-tanda akan mengalami bencana yang sama sekali lagi . Kajang, Klang dan Shah Alam antara tempat-tempat di Selangor yang sering mengalami masalah ini apabila tiba musim hujan. Berikut adalah beberapa keratan akhbar mengenai masalah banjir di tempat2 yang dinyatakan.





Sebenarnya , masalah banjir yang dihadapi penduduk Selangor terutama di tiga kawasan yang dinyatakan di atas dapat diselesaikan kalau tak disebabkan Menteri Besar yang besar dan keras kepala tak membatalkan projek Canal City yang menghubungkan Sungai Klang hingga Sungai Langat. Menteri Besar Khalid Ibrahim kata projek ini tidak memberi manfaat kepada rakyat. Hal ini boleh dirujuk dari laporan Harakah Daily yang dikeluarkan pada 7 February 2011 (sumber)


Projek Canal City ialah projek yang dirancang semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional di Selangor. Projek Canal City yang bermula hujung 2007 lalu melibatkan tanah seluas 1,960 hektar . Ia termasuklah projek tebatan banjir sepanjang 18 km terowong yang menghubungkan Sungai Klang dan Sungai Langat. Projek ini bernilai RM745 juta. Sebagai balasannya, kerajaan negeri terdahulu memberikan pemajunya, K-Euro hak untuk memajukan 1,960 hektar tanah.  Jadi terdapat 2 elemen dalam Projek Canal City iaitu projek tebatan banjir dan projek memajukan hartanah.  Jadi adakah apa yg dimaksudkan dlm lapuran Harakah, komponen Tebatan Banjir dibatalkan tapi komponen hartanah di teruskan ?


Projek ini dilancarkan selepas banjir teruk di Shah Alam pada tahun 2006 (sumber) . Lim Kit Siang meletakkan satu artikel mengenai kejadian banjir di blog (entry 2007) mengandaikan kejadian banjir yang berlaku akibat dari pembangunan kawasan perindustrian di sekitar Bukit Jelutong , TTDI Jaya dan lapangan terbang TUDM. Dari rujukan di Wikipedia , kawasan perindustrian yang berada di sekitar kawasan itu ialah Bukit Jelutong Industrial Park . Menurut laman web itu Bukit Jelutong dan Bukit Jelutong Industrial Park dibangunkan oleh kumpulan Guthrie sejak tahun 1996. Siapa yang yang menjadi 'boss' di Guthrie pada tempoh waktu ini kalau bukan Khalid Ibrahim ? 


Berikut adalah gambar pandangan dari atas semasa kejadian banjir di Shah Alam pada tahun 2006 yang diambil dari buku laporan Jurutera Perunding Zaaba (sumber)


Berbalik kepada cerita, projek Canal City yang 'dibatalkan' oleh Khalid Ibrahim , IJM yang mempunyai kepentingan dalam projek ini membeli sebahagian besar saham syarikat K-Euro untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam pelaksanaan projek ini . Dari laporan yang diperoleh dari laman web IJM memang disahkan projek Canal City pada awalnya adalah untuk tebatan banjir cuma status tebatan banjir itu telah dijenamakan semula hanya untuk pembangunan komersil semata-mata . Hal ini berlaku selepas Khalid Ibrahim membatalkan projek Canal City yang asal. Berikut adalah caption lapora IJM (sumber)


Seterusnya mengenai boss K-Euro pula , dari laporan The Edge (sumber) , presiden dan chif eksekutif K-Euro ialah Tan Sri Chan Ah Chye yang juga merupaka boss Talam Corp. Dari laporan TheEdge yang bertarikh 31 Jaanuary 2012 , projek Canal City masih berjalan . Mungkin dalam erti kata yang lain projek Canal City untuk komponen hartanah mewah diteruskan tapi projek asal iaitu tebatan banjir tidak dijalankan.  Jadi apa maksud Khalid Ibrahim apabila mengatakan projek ini dibatalkan kerana tak memberi manfaat kepada rakyat ? Apa penjelasan MB apabila yang dilihat sekarang projek tebatan banjir yang sepatutnya beri manfaat kepada rakyat tidak diteruskan tetapi yang hanya memberi manfaat kepada sebilangan rakyat yang kaya raya pula diteruskan ?




Daripada laporan The Edge, IJM ambil alih projek Canal City ini apabila Tan Sri Chan Ah Chye menjualkan sahamnya dalam K-Euro kepada syarikat itu. Walaupun projek masih belum bermula dah ada pihak berhasil mengaut keuntungan 'atas angin'.  Berikut adalah berita mengenai pelancaran Canal City oleh IJM . (sumber) , berikut adalah sedikit maklumat mengenai Canal City oleh IJM (sumber) . Tak dinyatakan pula tentang tebatan banjir .




Persoalan yang timbul sekarang ialah adakah tanah yang sepatutnya dibuat untuk  projek tebatan banjir yang dianggarkan benilai RM 745 juta telah bertukar milik ?  Apakah status tanah ini selepas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membatalkan projek asal Canal City ? Seperti yang dinyatakan di atas, untuk rancangan asal pemaju dikehendaki membina tebatan banjir , sebagai balasan pemaju diberikan 1,960 hektar tanah untuk dimajukan . Tetapi apabila Khalid Ibrahim batalkan projek ini adakah 1,960 hektar tanah ini dikembalikan ? Projek ini dibatalkan bererti peruntukan sebanyak RM 745 juta tak diguna ,walau bagaimanapun dari laporan di atas IJM dah ambil alih kepentingan K-Euro untuk projek Canal City yang baru (tanpa tebatan banjir) . Secara dasarnya, kita nampak ada pihak yang ambil untuk 'atas angin' dari pengambilalihan K-Euro oleh IJM. Projek Canal City yang baru ini akan dibangunkan di atas tanah rakyat yang sepatutnya diperuntukkan untuk elak masalah banjir ,namun apa yang berlaku sekarang ialah tanah rakyat tergadai untuk projek pembangunan mewah yang mempunyai GDV sebanyak RM10 billion . 

Kesimpulannya , projek tebatan banjir yang dicadang oleh kerajaan Barisan Nasional yang merangkumi elemen pembinaan tebatan banjir dan elemen pembangunan hartanah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor hanya untuk membenarkan projek yang sama di jalankan oleh pemaju tetapi tanpa elemen pembinaan tebatan banjir . Dengan ketiadaan elemen ini kerajaan Pakatan Selangor tak perlu lagi berbelanja RM 745 juta , cuma tanah untuk pembangunan yang mewah tetap diberikan pada pemaju. Bila tiba musim hujan.. banjir tetap banjir.


1 comments:

MB Gaygap akan kata; kira okey la tu, orang Selangor dapat air percuma hujan dan banjir setiap hari.Tak payah bayar bil, bukan setakat free 20 meter padu, tapi berpadu-padu air free melimpah. Sedangkan air lombong boleh diminum, inikan pula air banjir.Anak-anak pun boleh berenang kolam free...

Redho dan toat jer la...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu