Friday, October 5, 2012

Isu Selangor : 'Rampas' Konsesi Air Selangor Jalan Pintas kerajaan PR ?

Isu air Selangor nampaknya secara berterusan beri tekanan kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.  Cerita pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tak selesai , datang pulak cerita penduduk-penduduk pangsapuri nak saman MB sebab tak tunaikan janji bagi air percuma . Khalid Ibrahim seperti biasa 'pusing' kan semua tekanan ini dengan menunding jari kepada kerajaan Persekutuan kerana dakwanya kerajaan perlu 'bantu' Selangor ambil alih syarikat-syarikat konsesi air.

Sejak zaman dulu lagi sebelum PR ambil alih Selangor memang dah ada usaha untuk ambil alih konsesi air oleh kerajaan BN Selangor , kemudian apabila PR ambil alih kerajaan dah bagi lampu hijau untuk proses pengambil alihan . Cuma proses pengambil alihan ni bukan lah satu perkara yang mudah . Ia perlu dipersetujui dengan oleh kedua-dua belah pihak dengan satu nilai yang perlu dipersetujui kerana melibatkan perkara-perkara lain seperti aset yang ada dan hutang yang ditanggung pihak konsesi.


Khalid Ibrahim perlu bijak menangani perkara ini, beliau sebagai seorang ex-businessman patut faham proses pengambil alihan ini . It's just business , nothing personal ! Jadi beliau perlu memikirkan kaedah yang terbaik untuk melaksanakan pengambilalihan ini . Apa yang dilakukan dengan meminta kerajaan pusat supaya "merampas" syarikat2 konsesi ini adalah tidak wajar dan merupakan cadangan "lepas tangan" atau "jalan singkat" untuk menyelesaikan masalah . Biasanya perkara2 yang melibatkan "jalan pintas" pasti akan menimbulkan masalah di kemudian hari .

Tak mustahil sekiranya ini dilakukan , pihak2 konsesi akan menyaman pula kerajaan pusat atas tindakan "merampas" itu , bukankah sesuatu yang bodoh ? Namun sekiranya PR mengambil alih Malaysia mungkin tindakan kuku besi ini akan dilakukan oleh mereka. Rundingan kerajaan Selangor dan konsesi air yang ada sekarang hanyalah satu urusan perniagaan . Apa yang lebih penting sekarang terma "kesanggupan penjual dan kemampuan pembeli" perlu di fahami oleh mereka yang terlibat. Sebagai bekas peneraju Guthrie , Khalid Ibrahim sepatutnya lebih faham tentang perkara2 sebegini .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu