Thursday, October 11, 2012

PM jumpa Soros 2 tahun lepas : Malaysiakini

Hari ni bila terbaca twitter Malaysiakini, nampaknya portal tajaan Soros itu cuba 'divert' isu yang panas diperkatakan sekarang iaitu hubungan antara SUARAM dan Soros yang dikatakan membiayai pertubuhan itu.Perdana Menteri dikatakan telah melakukan kunjungan peribadi dengan Soros 2 tahun lepas. Adakah Malaysiakini cuba menimbulkan persepsi bahawa PM juga cuba mendapatkan dana dari Soros. Pertemuan PM dengan Soros bolehlah juga diibaratkan seperti pertemuan Tun Dr.Mahathir dgn Soros .

Tun Dr.Mahathir tetap mengecam Soros walaupun telah bertemu muka dengan penyagak wang antarabangsa itu. Tidaklah diketahui lebih lanjut butir kunjungan PM dengan Soros 2 tahun lalu samada Soros sendiri ingin bertemu PM atau PM mahu berjumpa beliau. Apa pun tujuan pertemuan itu, ia bukan lah satu bentuk kerjasama, sekiranya ia bersifat kerjasama perkakas perkakas Soros di Malaysia seperti Malaysiakini dan SUARAM tak akan berusaha keras untuk menjatuhkan Najib.

Barangkali Najib menolak permintaan Soros untuk melakukan sesuatu yang barangkali memudaratkan kesejahteraan negara ini. Oleh itu, kesan dari pertemuan itu Soros dgn bantuan perkakas2nya melakukan serangan yang bertalu talu demi menjatuhkan imej Najib yang dilihat tidak sehaluan dengan beliau. Soros berpendapat Najib bukan lah seperti Anwar yang boleh beliau jadikan boneka.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu