Wednesday, October 10, 2012

Kisah Penyelewengan Kapal Selam Scorpene di India di rujuk SUARAM untuk merekacipta fitnah ?

Apabila ada aduan jenayah oleh seseorang pengadu misalnya pengadu diliwat oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (contoh sahaja ya..) , adakah pihak berkuasa akan mengabaikan aduan yang dibuat oleh pengadu hanya disebabkan reputasi Nik Aziz Nik Mat itu sebagai seorang ulamak di dalam parti PAS ? Prosedur di Malaysia, malah mungkin di negara-negara lain di dunia , apabila ada aduan maka siasatan perlu dijalankan tanpa mengambil kira latar belakang orang yang diadu itu .



Keputusan samada benar atau tidak apa yang diadu itu adalah berdasarkan bukti-bukti yang ada . Kalau tiada bukti , maka tiada kes yang berbangkit , maka untuk contoh di atas Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan terlepas dari tuduhan dan pengadu pula akan mendapat balasan kerana buat laporan pelesu . Sama seperti apa yang berlaku untuk kes Scorpene , SUARAM buat aduan , dan aduan yang dibuat oleh SUARAM itu disiasat berdasarkan bukti2 yang mereka ada . Masalah sekarang ialah mereka tiada bukti yang cukup dan terpaksa memanjangkan kes untuk terus menjadikan perkara ini satu perkara yang boleh dijadikan isu terutama menjelang PRU-13 nanti.

Berikut adalah beberapa petikan dari KLPos mengenai penafian pendakwaraya terkenal Peranchis , Charpenel yang menafikan wujud perbicaraan Scorpene di negara itu.


"Jarak masa kes penyelewengan Scorpene yang didedahkan di India pada penghujung 2007 dan Malaysia pada 2008 seolah-olah semacam satu kebetulan . Timbul persoalan adakah pihak-pihak tertentu mendapat idea untuk menjejaskan imej kerajaan Malaysia melalui cerita kes penyelewengan Scorpene yang didedahkan di India ? 'Cerita' yang berlaku di Malaysia dilihat hampir serupa dengan apa yang telah berlaku di India , namun yang peliknya di Malaysia cerita sebegini timbul hanya selepas 6 tahun perjanjian ditandatangani , di India pula ceritanya timbul hanya lebih kurang 2 tahun perjanjian ditandatangani. Dilihat seperti ada unsur-unsur sabotaj dari segi politik, sekiranya isu ini mahu ditimbulkan oelh pihak - pihak tertentu yang berkepentingan ini , seharusnya mereka telah melakukannya apabila perjanjian antara kerajaan Malaysia dan DCNS ditanda tangani pada tahun 2002 . Berbalik kepada bidang kuasa penghakiman Mahkamah Peranchis, kenapa tidak sahaja prosedur perundangan dilakukan pada entiti yang berada di negara mereka sahaja iaitu DCNS ? Dan kenapa pula kes ditumpukan kepada entiti-entiti yang berada di Malaysia ? Adakah ini kerana reputasi DCNS sebagai antara pembekal kapal selam terbaik didunia diman sebahagian besar saham syarikat adalah milik kerajaan Peranchis itu sendiri?"

Seterusnya klik disini

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu