Thursday, October 25, 2012

Isu Selangor : Warga emas FELDA Sg. Buaya 'dipinggirkan' kerajaan negeri

Kesian bila melihat rata-rata yang berdemo di SUK Negeri Selangor terdiri daripada golongan warga emas yang berusia sekitar 60-70 tahun . Kerajaan negeri dikatakan telah merampas tanah mereka . Baru sekarang cerita ni timbul , mungkin selama ini mereka tak ada saluran untuk menceritakan masalah mereka . Kerajaan negeri Selangor pula ambil kesempatan . Adakah ini jenis kerajaan yang mencanang-canangkan mereka pembela nasib rakyat ? Bila timbul masalah sebegini orang-orang yang terlibat dibiarkan terkapai-kapai. Baru sepenggal memerintah , rakyat dah ditindas . Apatah lagi kalau diberi peluang kali kedua , entah bagaimana lagi jenis penindasan yang akan di lakukan.



"Satu memorandum bantahan dihantar kepada kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini. Memorandum berkenaan adalah berhubung isu tanah bekas peneroka-peneroka di FELDA Sg. Buaya, Rawang, yang didakwa telah dirampas oleh kerajaan negeri.

Sesi penyerahan memorandum itu disertai dengan perhimpunan aman dihadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor oleh kira-kira 50 bekas peneroka FELDA terbabit.

Rata-rata bekas peneroka yang berusia sekitar 60-70 tahun itu merayu agar kerajaan negeri supaya memulangkan kembali tanah mereka."

Cerita selanjutnya di KLPos

1 comments:

Sudah sampai masanya ADUN-ADUN pembangkang Selangor mengambil tindakan yang sewajarnya pada Mesyuaratnya untuk mengusulkan undi tak percaya terhadap MB Selangor ini. Kesian tengok pak cik dan mak cik dekat gate tu. Kenapa lah tak seorang ADUN kawasan pak cik tu atau kawasan lain datang sekali menyokong pak cik dan mak cik tu.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu