Wednesday, October 10, 2012

Isu Scorpene : Waran Tangkap akan dikeluarkan Mahkamah Peranchis dalam tempoh terdekat ?

Pendedahan yang dibuat oleh pendakwaraya terkenal Peranchis , Yves Charpenel semalam benar2 meresahkan puak-puak SUARAM . Yves Charpenel menyatakan bahawa tiada perbicaraan lagi berkenaan kee Scorpene di negara Peranchis . Beliau juga mengatakan perundangan Peranchis hanya boleh membuat siasatan ke atas individu2 yang dikatakan terlibat dalam skandal Scorpene di Malaysia ini hanya dengan kebenaran pihak berkuasa Malaysia .  Apa yang diberitakan oleh Charpenel ini mendapat reaksi yang agak spontan apabila barua SUARAM, peguam hak asasi manusia William Bourdon dengan segera membuat 'press statement' membalas kenyataan Yves Charpenel itu .


Bourdon mengatakan memang tak timbul isu perbicaraan kerana kes masih dalam siasatan . Hakim hanya akan menentukan samada kes yang diadu oleh SUARAM itu akan masuk perbicaraan atau tidak selepas selesai penyiasatan . Namun penyiasatan yang dibuat sejak bulan 5 , 2012 tu masih tak siap-siap hingga sekarang . Entah apa bukti yang mereka kumpul lagi atau lebih senang cerita , memang tak ada bukti-bukti kukuh yang boleh dikumpulkan . SUARAM sebolehnya mahu hal ini dibawa ke perbicaraan dengan segera dengan harapan dapat beri persepsi yang buruk kepada kerajaan Malaysia pimpinan DS Najib , tambahan pula PRU makin dekat . Kalau dilambatkan lagi, mereka juga yang akan rugi sebab tak dapat 'mileaage' dari perbicaraan itu . Maklum lah SUARAM dengan parti politik PR umpama isi dan kuku . Seperti yang pernah diceritakan dahulu , ramai pemimpin2 dan bekas pemimpin SUARAM itu sendiri adalah orang2 PKR .



Press conference SUARAM satu ketika dulu yang menyatakan akan ada beberapa tindakan akan diambil ke atas saksi2 sekiranya enggan beri kerjasama dalam penyiasatan boleh dianggap macam tin kosong. Kononnya hingga ke peringkat boleh mengarahkan Interpol untuk mengeluarkan waran tangkap kepada saksi2 yang terlibat dan ingkar dalam memberi kerjasama . Namun sampai hari ni apa yang kita nampaak hanyalah habuk saja !


Sedikit info mengenai William Bourdon ini dan kenapa dia begitu beria-ia mahu mencelah dalam isu Scorpene . Segalanya berkaitan dengan George Soros , manusia ini selagi hidup macam-macam dia akan buat nak menjahanamkan Malaysia dek kerana dendam dengan Tun Dr. Mahathir. William Bourdon ialah Pengasas Sherpa , iaitu badan amal yang memperjuangkan hak2 rakyat di negara2 miskin terutama di Afrika


 . Hmm topeng je tu , orang jahat nak buat jahat pakai topeng orang baik.. lagi senang la dia naka buat kerja jahat dia tu . Dana yang masuk ke dalam Sherpa ialah melalui Open Society Foundation dan Tides Foundation.  Open Society Foundation pula dapat dana dari bapa penyagak matawang dunia George Soros . Jadi nampak tak dia punya link ? Semua nya bukan secara kebetulan beb .. dah didirancang pun .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu