Monday, October 8, 2012

Isu Selangor : Blogger UMNO Kantoi - Khalid Ibrahim memang menyewa bas jelajah rakyat !

1. Sebelum ini beberapa blog telah membuat pembongkaran mengenai bas mewah Khalid Ibrahim yang diberikan untuk kempen jelajah Pakatan Rakyat . Blog Amenoworld yang pro-Pakatan juga membuat entry yang serupa dengan tajuk "UMNO Dengki DSAI Kempen Guna BAS" , berikut adalah petikan dari blog itu yang mengatakan bas dibiayai Khalid Ibrahim yang sememangnya kaya .. he he he .


2. Setelah dirujuk dari blogger pro PR yang seorang lagi , jelas menunjukkan bahawa Khalid Ibrahim telah membuat kenyataan yang bas itu disewa menggunakan wang ringgit beliau sendiri tanpa melibatkan duit rakyat .. ohh ye ke ?


3. Anwar Ibrahim pun buat kenyataan akhbar menafikan perkara yang sama .. 


4. Nak dijadikan cerita , hampir sebulan lepas tu cerita bas timbul lagi , tapi kali ni dikaitkan dengan lori kompaktor sampah. Puas Anwar Ibrahim dan blogger-blogger pro-Pakatan bersilat menangkis serangan, dibalas pulak dengan satu lagi serangan . Kenyataan Khalid Ibrahim mengatakan bas itu hanya disewa selama 6 bulan dibalas dengan satu maklumat berikut yang didedahkan oleh Sel13. 


5. Terbukti macam ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh kerajaan Pakatan di Selangor . Walaupun begitu, apa yang dinyatakan oleh Khalid Ibrahim , Anwar Ibrahim dan blogger2 pecacai tak salah kerana memang benar Khalid menyewa bas itu , tapi sewa kat diri sendiri lerr.. . OK , isu sewa dah selesai , isu kedua ialah syarikat yang membuat bas itu . Dari siasatan yang dilakukan oleh Sel13 , pembuat bas ialah Dong Feng . 


6. Kalau dilihat dalam laman web syarikat ini , selain membuat bas . Mereka juga membekalkan macam-macam jenis kenderaan berat . Dealer Dong Feng di Malaysia ialah Cih (M) Sdn Bhd


7. Dari info Sel13 , lori kompaktor dibeli dalam bentuk komponen terurai dari China dan dipasang di sebuah kilag di Rawang iaitu Intercoach Sdn Bhd , menurut portal Selangortime, kerajaan negeri membeli kompaktor sampah itu dari Intercoach Sdn Bhd yang cari part2 dari China . 


8. Semacam ada satu teka - teki yang perlu dihuraikan disini iaitu kaitan Dong Feng di China, agennya di Puchong, dan Intercoach Sdn Bhd . Syarikat mana yang sebenarnya dapat keuntungan supply 50 buah kompaktor sampah itu ? Namun, walau apa pun penjelasannya pengeluar kompaktor sampah dan bas adalah dari pengilang yang serupa. Kaitan Cih (M) , (agen Don Feng di Malaysia) dengan kerajaan negeri Selangor Pakatan boleh dilihat dari petikan akhbar di bawah (rujukan Selangor Times , 9 March )




9. Nampak ada kaitan apa2 tak ? Ok .. dealer Dong Feng di Malaysia ialah Cih (M) Sdn Bhd . Dalam petikan akhbar di atas Cih nak melabur RM300 juta untuk tingkat pengeluaran . Lori kompaktor dibeli dari China, jenama Dong Feng ... hmmm . Ok .. satu lagi kaitan Cih (M) Sdn Bhd ni dengan kerajaan negeri Selangor . Pada 7 January 2012 , portal media Selangorku telah menerbitkan artikel "Talian Bebas akan menambahbaik sistem kutipan sampah" . Dalam laporan itu timbul lagi nama syarikat Cih (M) Sdn Bhd . 


Kronologi :-

1. Petikan di atas mengatakan Cih (M) Sdn Bhd dilancarkan pada 7 Jan 2012 . 

2. Pada 9 March Cih (M) Sdn Bhd umum nak labur RM300 juta di Selangor.

3. Pada 15 March, Ronnie Liu buat pengumuman kerajaan Selangor nak beli  50 buah kompaktor sampah. Sumber harakahdaily.



4. Hand over lori sampah 8 June 2012 (seperti yang dilaporkan Selangor Times) . 

5. Pelancaran bas jelajah merdeka rakyat pula 31 August 2012 , lebih kurang 2 bulan lepas hand over lori sampah . 


Analisa :

Melalui carian yang dilakukaan dalam web, Intercoach Sdn Bhd memang banyak terlibat dalam projek-projek membekalkan bas . Tapi kurang maklumat dari web yang diperoleh mengenai bekalan syarikat ini untuk lori sampah . Timbul persoalan kenapa kerajaan Selangor tak beli direct terus dari Cih (M) Sdn Bhd sedangkan syarikat ini adalah agen Don Feng di Malaysia ?  Adakah tindakan membeli kompaktor sampah dari Intercoach Sdn Bhd yang reputasi mereka selama ini terkenal dalam membekalkan bas adalah satu tindakan menang-menang ?  Beli 50 buah kompaktor sampah dari sebuah syarikat yang membekalkan bas , kemudian syarikat yang bekalkan bas ini beli pula dari supplier di China yang agennya ada di Malaysia ? Tanya jah ni ... jangan saman ye .

Kesimpulan :

Sila rujuk gambarajah di bawah untuk kesimpulan


5 comments:

Tahniah bro...

Pendedahan anda mantap. Nampaknya lori sampah dan bas mewah akan terus menghantui Khalid Ibrahim.

sempoi la info bro... minta tolong pautkan blog sy pd blog bro... kita sama dilangkawi ari tu... naik kete wira class plate habis pegi ke cable car... budaksrikinta.blogspot.com

Terbaek. Persoalan berfakta yg perlu khalid jwb dgn fakta jugak. Rakyat dah muak dgn jawapan dolak dalik.

tq .. nanti saya pautkan , tapi mmg confirm tak penah join pi langkawi , orang lain kot

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu