Tuesday, October 2, 2012

Anwar 'sound' Nik Aziz di Dialog Peradaban UM

Anwar Ibrahim pada satu ketika dahulu pernah mencadangkan nama parti PAS ditukar kepada Parti Al-Maki Wal Hamun . Namun pada hari ini, PKR yang bersekongkol dengan PAS dan DAP seolah-olah seperti menjilat kembali ludah yang pernah Anwar luahkan pada satu ketika dahulu.  Ini lah yang dikatakan perangai serupa 'Chamaleon' boleh berubah mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Malang sekali bagi parti PAS yang pada satu ketika dahulu pernah teruk di'kena'kan Anwar seolah-olah merelakan diri dipergunakan .



PAS pada ketika ini mungkin dah tak kisah walau di'tunggangi' macam mana sekali pun oleh sekutu-kutu mereka dari PKR dan DAP , matlamat mereka hanya satu iaitu menjatuhkan kerajaaan Barisan Nasional. Suara-suara dari kumpulan ulamak di dalam parti itu seolah-olah dah dibisukan bagi mencapai tujuan ini . Adakah PAS sedar kekuatan PR sebenarnya banyak bergantung kepada kekuatan PAS ? Tanpa PAS , DAP dan PKR tak akan merasa nikmat memerintah Pulau Pinang , Kedah dan Selangor . Dengan belanjawan yang dibentangkan PM baru-baru ini , harapan PR untuk memerintah negara mungkin semakin tipis , mana mungkin rakyat mahu menolak belanjawan yang dibuat oleh kerajaan BN ini , tambahan pula ada  pemberian BR1M kali kedua.


Rakyat pasti akan terlepas pemberian BR1M kali kedua ini sekiranya PR yang mengambil alih kerajaan, oleh itu majoriti mereka yang tak berminat dengan politik pasti mahu merasa nikmat BR1M ini sekali lagi , seterusnya memilih kerajaan BN memerintah untuk 5 tahun lagi bagi memastikan mereka menerima duit RM500 itu . Oleh itu, kemungkinan untuk PR memerintah negara amat tipis , elok lah PAS membuat penilaian semula dengan gabungan mereka dalam Pakatan Haram . Jangan sampai yang dikendong tak dapat , yang dikejar berciciran . Nasihat je ni ...

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu