Saturday, September 8, 2012

Tak Puas Hati Bas Kena Simbah Cat , Bodyguard Anwar Acu Pistol ?

Bas jelajah merdeka Anwar disimbah cat merah lagi . Kali ni berlaku di Jasin, Melaka . Menurut laporan Malaysiakini kejadian berlaku pada pukul 3:30 petang di Kampung Rim . 20 orang samseng BN dikatakan menghalang bas jelajah merdeka. Tuduhan adalah berasaskan keyakinan mereka bahawa ada ahli jawatankuasa UMNO di dalam kumpulan itu . Dikatakan telah tercetus pergaduhan diantara kumpulan AMK dan 20 orang 'samseng' itu . Apa yang berlaku di Jasin seolah-olah menunjukkan penolakan rakyat dengan konsep 'bas jelajah merdeka' Anwar itu . Tak mustahil kemarahan penduduk setempat meluap-luap dengan insiden terbaru kibaran bendera 'Sang Saka Malaya' yang mendapat sokongan terbuka dari Anwar .



Kedatangan rombongan Anwar ke kawasan mereka mungkin merupakan peluang untuk menunjukkaan bantahan . Namun apabila berlaku pertembungan antara 2 kumpulan yang berbeza pendapat macam-macam boleh berlaku . Media-media pembangkang akan 'galak' memainkan isu ini kononnyaa menunjukkan sikap 'tak bertamadun' penyokong-penyokong BN , namun apabila dilihat dari sudut lain ia mungkin merupakan reaksi daripada insiden-insiden 'tak bertamadun' yang ditunjukkan oleh puak-puak Pakatan Haram . Contoh paling mudah , mensabotaj malam sambutan kemerdekaan negara . Insiden bendera dan gambar PM dipijak cukup terkesan di hati rakyat yang cintakan keamanan .

Hukum Newton ketiga mengatakan apabila ada 'action' akan ada 'reaction' . Nampaknya apa yang dinyatakan oleh Isacc Newton ni tak terhad dalam bidang sains saja , malah boleh juga dikaitkan dengan psikologi manusia . Manusia akan bertindak balas apabila emosi mereka terganggu , walaupun kejadian di Dataran Merdeka beratus kilometer jauhnya dari Kampung Rim .  Itu lah 'suara' sebenar rakyat Malaysia yang tinggal di seluruh pelosok negara . 'Suara' rakyat Malaysia bukan dari 'suara' yang menghuru-harakan bandaraya Kuala Lumpur dengan berbagai jenis perhimpunan haram .

Kejadian di Jasin ada hikmahnya , semasa kekecohan jurugambar berjaya merakamkan satu insiden yang agak 'menakutkan' . Dikatakan dalam kelompok rombongan PKR itu , seorang lelaki telah mengeluarkan senjata api dan mengacukan kepada 3 orang semasa kekecohan berlaku (baca di CTS). Persoalan yang timbul siapakah lelaki itu ? Dan tindakan beliau mengacukan senjata api juga boleh dipersoalkan . Pakatan Haram pada satu ketika dulu pernah mengecam tindakan polis trafik mengacukan pistol kepada pendemo 'Bersih' tetapi apa pula kata mereka pada hari ni ? Polis trafik itu kita tahu memang ada lesen senjata api dan tindakan beliau untuk mempertahankan diri , tetapi apakah lelaki berkenaan mempunyai alasan yang sama ? 

1 comments:

buatlah report polis dengan kadar segera agar polis dapat jalankan siasatan. memiliki pistol tanpa lesen adalah salah di sisi undang-undang.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu