Thursday, September 20, 2012

Sia-sia Ngeh dengar ceramah-ceramah agama tapi tak tahu sensitiviti umat Islam !

Setelah teruk dikecam oleh pelbagai pihak , termasuk dari kem pembangkang sendiri . Akhirnya , pemimpin DAP Perak menarik balik kenyataan yang dibuat beliau di dalam twitter . Kenyataan Ngeh di dalam twitter seolah-olah menunjukkan orang Islam di Malaysia membuang masa membuat protes bantahan dengan filem menghina Nabi Muhammad arahan Sam Bacile , Innocence of Muslim.


Dari petikan Malaysiakini , Ngeh dalam laman twitter menulis ;

"Khairy mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pengarah Innocence of Muslims). Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya. "Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini,"

Walaupun beliau telah menarik kenyataan yang mengguris hati umat Islam Malaysia itu, 'warna' sebenar pemimpin DAP yang selama ini disanjung oleh penyokong-penyokong PAS yang mendakwa kononnya Ngeh dan sepupunya, Nga berminat dengan ajaran Islam akhirnya terserlah . Ngeh dan Nga sebelum ini dilihat pemimpin DAP yang agak 'kontroversi' apabila sering dilihat dalam majlis-majlis anjuran PAS , termasuk majlis ilmu agama . Malah ,pada satu ketika salah seorangnya telah memetik ayat-ayat Al-Quran dengan 'pronunciation' yang tunggang terbalik , walaupun begitu ucapan itu sangat dikagumi oleh rata-rata lebai2 yang hadir apabila mereka bertepuk sakan.



Setelah apa yang berlaku kini , adakah lebai-lebai PAS akan membuka mata ? Atau mereka masih tegar mengatakan Ngeh boleh dimaafkan kerana beliau khilaf dengan ajaran2 dalam agama Islam . Kalau beginilah yang masih dipegang oleh lebai-lebai PAS maka jelas dan teranglah mereka merelakan serban yang mereka pakai itu seolah-olah dipijak oleh chauvanis-chauvinis DAP yang tak reti menghormati perasaan orang Islam. Isu filem Innocence of Muslim bukan isu politik lagi , mungkin apa yang Ngeh dari DAP nampak protes ini akan menjadi satu titik pertemuan di antara UMNO dan PAS , mungkin seboleh-bolehnya beliau mahu dua parti yang keanggotaan terdiri dari orang Melayu ini terus berpecah , maka lebih mudah mereka teruskan agenda yang dirancang.



Terlajak perahu boleh diundur, tapi bila terlajak kata , rupa wajah dan niat hati yang sebenar dah terserlah . Tuhan dah bagi satu lagi petunjuk , kalau masih tak terima , entah la apa lagi yang boleh diperkatakan melainkan 'bodoh sombong' !

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu