Monday, September 3, 2012

Peserta 'Janji Bersih' Rakus Meramas Punggung Wanita & Ganggu Pengguna Jalanraya

Bila ada perhimpunan yang berteraskan kebencian , macam perkara luar tabii manusia normal boleh kita lihat . Contoh yang terbaru ialah 'Himpunan Janji Bersih' di Dataran Merdeka anjuran kumpulan Pakatan Haram . Mereka cukup berbangga mengatakan rakyat menyokong mereka semasa perhimpunan itu . Tapi ada kah kumpulan Pakatan Haram ini tahu bahawa jenis rakyat yang menyokong mereka pada malam itu pun memang jenis kualiti HARAM ! Panas sebelum ini ialah aksi mengibar bendera versi Pakatan Haram, aksi memijak gambar PM , aksi menunjuk punggung di gambar PM dan terbaru aksi meraba punggung pembonceng motosikal perempuan . Cukup suka penyokong2 Pakatan Haram ni dengan punggung .. dari caption video yang dimuat turun oleh portal online KLPos , boleh geleng kepala tengok perangai sekor2 macam celaka !





Nampak begitu rakus sekali 'pemuda-pemuda harapan bangsa' kumpulan Pakatan Haram ni , mereka dengan sengaja menepuk-nepuk punggung perempuan nampak macam seronok sekali melakukan perbuatan jijik tu , seolah-olah maruah wanita itu diletak bawah tapak kaki . Adakah mereka seronok macam ni kalau yang jadi mangsa tu adik atau kakak mereka sendiri ? Ini lah jenis kegilaan atau euphoria yang Anwar , Isam Rais serta beberapa lagi pemimpin Pakatan Haram dan penganjur 'Janji Bersih' mahukan ? Cuba tengok gambar-gambar di bawah lagi . Bagaimana si berkopiah dan janggut sejengkal ni ber'parti' , kasihan tengok brader yang pakai helmet tu ditolak visornya ke bawah ? Silap haribulan boleh eksiden lebai oii , walau niat ko apa2 je..


Gambar kat bawah ni pulak, bagaimana 'jin' Janji Bersih berpesta dengan 'mengotorkan' kereta yang kebetulan lalu di situ .. kesian brader tu , dah tak berapa 'clear' dia punya 'windscreen' tu . Dan satu lagi aksi , bagaimana seorang penunggang motosikal di 'cepuk' dari belakang oleh 'seekor' lagi jin Janji Bersih . Inilah yang akan berlaku .. bila ramai macam2 'style' depa boleh bawak keluar. Video penuh di bawah .




0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu