Tuesday, September 18, 2012

Kumpulan 'Pakatan' menang lagi perbicaraan ! Institusi Kehakiman dikawal kerajaan ?

Selama ni puak-puak Pakatan Haram selalu mengatakan yang Mahkamah berat sebelah kepada kerajaan memerintah. Namun tuduhan2 yang mereka buat ni nampaknya tak berasas apabila banyak kes2 yang melibatkan pemimpin pembangkang kebelakangan ini menyebelahi mereka. Kes terbaru ialah Bersih 3.0 , mereka ni didapati tak bersalah oleh Mahkamah . Adakah mereka masih mahu mengatakan Hakim dikawal oleh kerajaan yang memerintah ? Banyak kes2 yang melibatkan pembangkan walau pada luaran nampak banyak bukti2 tetapi akhirnya dilepaskan akibat 'permainan' teknikal undang2.

Aku bukanlah dari latar belakang undang2 atau dari golongan berpendidikan agama. Cuma aku nak 'share' sesuatu disini.

Firman Allah swt maksudnya : "Hai orang2 yang beriman hendaklah kamu jadi orang2 yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum,mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah,kerana adil itu lebih dekat dengan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Surah Al Maaidah. Ayat 8)

Dari Hadis Riwayat Abu Dawud , Nabi saw bersabda : "Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk syurga. Yang masuk syurga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang hak tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara,maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh,yang tidak mengetahui yang hak dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka "

Daripada petikan diatas nyata sekali keputusan hakim tak tertakluk pada hal 'teknikal' undang2 yang sekaligus boleh mempengaruhi keseluruhan keputusan perbicaraan. Tentu yang membaca artikel ni faham memang perkara2 sebegini sering berlaku dalam mana2 sistem perundangan dunia, malah mungkin berlaku dalam sistem perundangan Islam sekalipun.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu