Thursday, September 13, 2012

Kumpulan inter-faith religion tuntut supaya subjek semua agama diajar di sekolah

Tengok gambar "caption" di atas. Korang nampak tak apa yang aku nampak ? Mula-mula depa punya strategi tubuhkan dulu kumpulan "inter-faith religion" , lepas dah rasa group agak kuat, dan pada masa yang sesuai pulak..(Dekat nak PRU derr) , depa minta pulak supaya matapelajaran semua agama diajar di sekolah. Maksudnya subjek khusus untuk agama Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh diajar secara berasingan.

Aku bukan nak kata apa la..dalam Malaysia ni orang Islam majoriti , aku bukan kata Melayu ye aku kata ISLAM ! Nisbah penganut agama Islam berbanding penganut2 agama lain sangat besar jurangnya . Oleh itu tak salah untuk ada subjek khusus Pendidikan Islam . Kalau pelajar dalam sebuah sekolah ada 60% penganut Islam,20% Buddha, 10% Hindu, 5% Sikh dan 5% Kristian bagaimana penjadualan kelas akan dilakukan. Bagaimana pula untuk silibus2 matapelajaran ini ?

Dari persetujuan ibu bapa pelajar pula, adakah ibu bapa non muslim akan bersetuju dengan cadangan kumpulan "inter faith religion" ini ? Dan dari segi kos pula , kerajaan tentu terpaksa menambahkan bilangan guru yang 'specialize' dalam subjek agama, mengadakan kursus2 baru di maktab perguruan dan sebagainya.

Aku bagi satu senario , semasa kelas utk subjek agama ,masing2 bepecah mengikut penganut. Katakan satu kelas ada 40 pelajar 24 beragama Islam, 8 buddha,4 hindu, 2 sikh dan 2 kristian . Jadi seorang guru pendidikan Islam dibebani dgn tugas mendidik 24 pelajar dan seorang guru pendidikan kristian dan sikh mendidik 2 orang pelajar. Gaji bayar sama je beb, jadi apa cerita ni ?

Kumpulan "inter faith religion" ni sebenarnya proksi pembangkang. Aku berpendapat ada golongan2 ekstremis menyusup masuk dalam perjuangan parti politik tertentu dan cuba mempengaruhi minda rakyat secara halus. Aku boleh 'rasa' benda2 macam ni..cuma aku bimbang yang tak boleh rasa je. Kita dah hidup aman selama 55 tahun, dalam usia Malaysia yang separuh abad ni mula lah macam2 golongan yang timbul dengan bertopengkan macam2 group kononnya memperjuangkan kebebasan beragama, bersuara, berhimpun, berdemonstrasi , dan kebebasan gender LBGT .

Aku amat berharap PM buat tak tahu je dengan tuntutan ini.Seluruh jentera BN pun patut senyap saja. Jangan bagi apa2 komen dan buat2 tak dengar bila reporter perkakas Pakatan tanya. Kalau kena komen juga kata kita tunggu pendapat sahabat kita dari PR .Biar PAS yang jawab isu ni . Reporter perkakas kerajaan buat kerja anda tanya dekat mana2 lebai PAS ,paling busuk pun tanya Mat Sabu je..by the sapa Pak Lebai yang mewakili agama Islam dalam kumpulan Inter Faith religion ni?
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu