Sunday, September 2, 2012

Ketua 'Geng Bas Sekolah' ke Penang untuk pujuk 'tokong' ?

Yusmadi Yusof punya 'tweet' hari ni kata Anwar baru sampai di airport Bayan Lepas dan ramai yang sambut kedatangan beliau termasuklah 'geng bas sekolah' . Kisahnya bas tu disimbah cat warna merah dan Anwar serta balachi2 yang lain seolah-olah cuba menuduh bahawa UMNO yang menjadi dalang dalam kejadian simbah cat tempohari . Yea la mana tak sentap bas bukan murah dengar cerita dekat RM 1 juta , entah betul entah tidak.

Bas tu katanya di sponsor oleh Khalid Gagap..ada gambar besar Anwar terpampang di bas tu. Ala ala Presiden US punya election campaign. Mungkin dia cuba nak jadi trend starter kot ? Nasihat aku pada parti UMNO dan Barisan Nasional yang lain tolong jangan buang duit berkempen cara macam ni. Biarlah PR saja yang buat, lagipun Selangor kan negeri terkaya di Malaysia ni. Apalah sangat dikaut wang rakyat demi untuk kempen sebegini .

Berbalik cerita Anwar dan 'geng bas sekolah' di Penang. Peliknya setelah banyak wang yang dilabur untuk bas itu. Anwar naik kapal terbang juga ke Penang ? Kenapa tak naik bas sekali dengan rombongan ? Sakit belakang ke ..ehh possibility sakit belakang tu boleh kita abaikan, al-maklumlah scene2 'menunggang' kuda tu masih tak dapat aku lupakan. Kedatangan Anwar ke Penang kali ni mungkin juga ada 'udang di sebalik batu' . Adakah untuk menjernihkan semula hubungan PKR Penang dengan Lim Guan Eng?

Mungkin agaknya krisis dah makin tegang,cuma masing2 playsafe depan media. Kita tahu mulut Anwar memang manis, cakap bukan main. Tapi kita tahu juga Lim Guan Eng pun bijak, bukan mudah Anwar nak manipulate 'this arrogant man' . PKR sebenarnya tak berguna pada DAP di Pulau Pinang. DAP boleh menang negeri itu tanpa bantuan PKR dan PAS pun. Dan DAP mungkin sedar niat PKR untuk membayangi pengaruh DAP di Penang dengan bertanding lebih banyak kerusi. DAP pernah takluk Penang dulu tanpa apa2 bantuan pun. PAS dan PKR hanya diberi ehsan jawatan.

Mungkin itu pimpinan PKR negeri dan Anwar sendiri tak mahu. PAS ??? Depa tak kisah sapa pun menang asal jangan UMNO dah lerrr..pegang jawatan EXCO negeri urus hal ehwal pengurusan najis pun depa ok kot? By the way, DAP mungkin sedang berhati-hati dengan agenda PKR sekarang yang cuba meluaskan pengaruh di kalangan orang2 Cina di Penang. Hubungan 'baik' antara DAP dan PKR Penang hanyalah sebagai topeng untuk memberikan satu persepsi yang positif pada rakyat..hakikatnya mungkin masing2 dah ada 'secret weapon' yang akan dikeluarkan dalam keadaan yang gentin..
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu