Friday, September 7, 2012

KENYATAAN DATO’ SRI Ir. MOHD. ZIN MOHAMED MENGENAI PUSAT KHIDMAT RAKYAT (PAKAR) BARISAN NASIONAL



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) Barisan Nasional yang mula diwujudkan sejak April 2012 telah melalui pelbagai transformasi dan ianya menjadi satu jenama yang sangat baik serta mampu mengubah persepsi rakyat Selangor terhadap keikhlasan BArisan NAsional Selangor untuk berkhidmat kepada rakyat.

2. PAKAR juga terbukti berkesan apabila pihak Barisan Nasional mampu berhubung terus dengan rakyat Selangor bagi mendengar rintihan dan aduan mereka terutamanya melibatkan kepincangan dan salah laku yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

3. Sehingga kini, PAKAR telah berhubung dengan 131, 621 rakyat Selangor yang majoritinya merupakan pengundi. Agen PAKAR juga akan berhubung dengan mereka bagi menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai produk-produk Barisan Nasional.

4. PAKAR juga menerima maklum balas positif dan pujian dari rakyat Selangor. Kebanyakan yang menelefon mahupun bertemu dengan pihak PAKAR amat berpuas hati dengan khidmat yang disediakan.

5. Jika sebelum ini ramai pengadu yang mengadu mengenai masalah semak, longkah dan sampah, atas usaha PAKAR menghantar surat dan aduan tersebut kepada pihak berkuasa, masalah itu dilihat berkurangan namun masih tetap ada.

6. Menjelang Hari Raya pada bulan Ogos yang lalu, PAKAR banyak menerima aduan mengenai masalah kebajikan. Agak menghairankan kerana Kerajaan Selangor yang sering melaung-laungan mengenai kebajikan rakyat dilihat masih lagi mengabaikan tanggungjawab tersebut.

7. PAKAR menerima 46 aduan pada Ogos 2012 pertanyaan mengenai masalah kebajikan. Berdasarkan jumlah aduan yang diterima, PAKAR berjaya menyelesaikan sehingga 40 masalah. Baki aduan yang masih belum diselesaikan sedang diproses.

8. Mengenai masalah yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti sampah, longkang dan semak samun, PAKAR menerima sejumlah 68 aduan sepanjang Ogos 2012. Semua permasalahan ini telah disalurkan kepada pihak bertanggungjawab. Barisan Nasional Selangor sendiri turut mengambil inisiatif untuk membuat susulan melalui ADUN dan Penyelaras di DUN yang terbabit.

9. PAKAR akan terus menjadi nadi kepada Barisan Nasional Selangor untuk memberikan khidmat secara langsung kepada Rakyat Selangor. Atas kayakinan ini, Barisan Nasional Selangor yakin dan bersedia untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan.

Dato’ Sri Ir. Mohd Zin Mohamed
Koordinato BN Selangor

3 comments:

Dear YB Dato Sri Ir. Mohd Zin, i received sms at 5.56p, from 01115694428 : "Salam Maal Hijrah 1434/2012M. Semoga segala kebaikan & kebarakahan menyertai kita, ummah yg bersatu. Dari YB DSri Ir Mohd Zin Mohamed S/Usaha UMNO Selangor."

firstly, thanks for the greetings.

secondly, i hope u reply my sms at 6.02pm: "Salam Dato, just would like to inquire how did u get my number?"

thirdly, do u know that u have breach the customer's privacy? i do not know how u got my number but i guarantee u got it from the source of businesses, which i am one of their customers. if i know who is ur source, by now i would have drag both of u to the court and summons both of u.

fourthly, why are this sms only be received during to near elections? and definitely im not gonna vote for ur team.

finally, my 2 cents worth, go study law before u think to send another sms to me.

yeah me also get it...this beggars send sms hopefully we can support BN..please said go to hell with BN

Dato’ Sri Ir. Mohd Zin Mohamed = ZAKAR/PELIR

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu