Saturday, September 15, 2012

Jelajah fitnah PKR ni dapat permit polis ke ? Lagi mau jaminan keselamatan

Menteri Dalam Negeri mengatakan tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang . Apa yang dimaksudkan H20 tu ialah polis takde masa nak mengiring Bas Jelajah Rakyat PKR yang drive ke hulu ke hilir satu negara sebar fitnah . Senang cerita takde penyakit jangan cari penyakit . Tindakan PKR mengadakan program jelajah fitnah satu negara tu sebenarnya satu bentuk tindakan provokasi . Bila bas mewah tu berhenti dimana-mana pitstop nak buat ceramah , tentulah ramai orang akan berkumpul.



Dari seksyen 27 , Akta Polis 1967

Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukan :

Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah yang berkenaan.

Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperolehi demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.

OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang.

Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaanya dibenarkan

Nak buat ceramah tentu kena ada permit polis , ceramah yang dibuat oleh bas mewah jelajah fitnah PKR tu dapat permit polis ke ?  Kalau dah tak dapat kebenaran polis untuk berceramah dan menyebarkan fitnah , apa pulak mangkuk2 ni 'expect' polis untuk jaga keselamatan diaorang ? Sendiri cari penyakit suruh polis pulak jaga keselamatan ? Mungkin lah atas dasar kemanusiaan polis boleh jaga keselamatan , bila perkara berlaku sekali dua ... tapi kalau diulang-ulang benda yang sama siapa yang nak layan lagi ?

1 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu