Wednesday, September 12, 2012

Isu Pijak Gambar : Beza Pemimpin Tertinggi Pembangkang dan BN

Ramai yang mempersoalkan tindakan polis menahan individu2 yang memijak gambar PM semasa malam ulangtahun kemerdekaan baru2 ni . Mereka mendakwa polis berat sebelah kerana banyak lagi kes2 menghina gambar pemimpin pembangkang tak diambil tindakan oleh polis . Tapi betul ke polis tak ambil tindakan ? Paling kurang kalau ada laporan mesti kena tahan sehari untuk soal siasat macam yang berlaku pada 2 orang pelajar baru2 ni . Ingat tak peristiwa kat Padang Kota dimana Lim Guan Eng diserbu ? Ramai orang ingat polis lepas tangan dan biarkan je orang2 yang menyerbu tu , tapi sebenarnya tak sebab ada antara kawan2 aku yang terlibat mengaku kena 'angkut' dengan polis untuk di soal siasat . Cuma masa tu benda ni tak dihebahkan , sebab media masa tu lebih mainkan isu wartawan akhbar berbahasa Cina yang kena terajang dek sikap kurang ajar beliau yang menerajang orang lain dulu.  Artikel di bawah ni membuat beberapa analisis mudah tentang isu 'pijak gambar' . Aku bersyukur pemimpin Datuk Seri Najib atau menteri2 lain tak buat perangai macam Lim Kit Siang yang memijak gambar musuh politik depa.


"Sekiranya Akta Hasutan ini dijalankan dengan tegas, maka akan ada terlalu ramai individu yang akan ditahan, terutama dari kalangan pemimpin-pemimpin dan juga pengiat politik baik dari sebelah kerajaan memerintah itu sendiri atau dari pihak pembangkang. Apabila dilihat pada senario hari ini, kewujudan internet itu sendiri mengalakkan kecenderungan menghasut seperti yang dinyatakan di atas. Ini dapat dilihat di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, ruangan forum internet dan juga di blog-blog. Polis tidak dapat menahan kesemua mereka ini kerana jumlah yang terlalu ramai . Selain itu, akan wujud pula suara-suara sumbang yang mempersoalkan tindakan polis sekiranya langkah tegas diambil pada mana-mana individu yang mempunyai kecenderungan menghasut atas nama hak asasi manusia. Oleh itu, adalah lebih baik polis memberi keutamaan untuk tugas-tugas yang hakiki iaitu mencegah jenayah serta menjaga keselamatan rakyat dan negara. Polis akan hanya bertindak sekiranya terdapat aduan atau laporan yang dibuat orang ramai demi kepentingan umum"

seterusnya di KLPos

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu