Wednesday, September 26, 2012

Isu Jet dan Belanjawan Alternatif Berhemah Pakatan , Hipokrasi Melampau !

Pembentangan bajet alternatif  2013 yang dibuat oleh Anwar petang tadi di parlimen nampak macam menciplak idea bajet 2012 yang dibuat oleh Najib . Segala janji manis ditabur kononnya Pakatan boleh menggunakan hasil negara lebih baik. Ini lah yang dikatakan belum dapat kuasa macam-macam janji boleh ditabur , bila dah dapat macam-macam alasan akan diberi . Ayat stereotype yang akan dikeluarkan ialah ini salah kerajaan terdahulu dan kerajaan Pakatan tak dapat berbuat apa2 kecuali meneruskan projek ini .



Contoh mudah boleh refer pentadbiran kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang. Pada satu ketika sebelum menjadi kerajaan di negeri-negeri yang disebutkan mereka cuba menjadi juara rakyat dalam pelbagai isu . Tapi bila dah jadi kerajaan, apa yang mereka perjuangkan dan pertahankan dibiarkan . Rakyat yang satu ketika dulu berharap wakil-wakil Pakatan ini membela nasib mereka bila ambil alih kerajaan dibiarkan terkontang kanting.


Isu yang yang dipertahankan oleh DAP pada satu ketika dulu ialah mengenai bantahan penduduk mengenai pembangunan di taman rekreasi Subang Ria . Namun setelah mengambil alih pentadbiran Selangor, Exco Selangor dari DAP , Ronnie Liu telah membuat kenyataan untuk membangunkan sebahagian kecil dari taman rekreasi Subang Ria memandangkan nilai hartanah yang tinggi di kawasan itu . Keadaan yang serupa juga berlaku di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang . Peranan Pakatan sebelum dan selepas menjadi kerajaan bertukar ,mereka bersama-sama penduduk Kampung Buah Pala mempertahankan pembangunan di kawasan itu , namun setelah DAP mengambil alih pembangunan tetap diteruskan .


Inilah sikap hipokrit Pakatan yang harus diketahui , mereka hanya mahu menjadi juara rakyat untuk meraih undi . Namun setelah meraih undi pelbagai alasan diberikan . Isu pemberian air percuma juga merupakan satu lagi contoh yang baik, janji yang diberikan semasa PRU-12 untuk air percuma kepada penduduk Selangor tak menyeluruh, hanya mereka yang menggunakan meter individu yang dapat air percuma ini . Natijahnya, kini kerajaan Selangor berdepan dengan tindakan saman dari penduduk yang teraniaya ini .


Oleh itu, walau apa sekali pun janji yang dibuat oleh Pakatan , samada janji dalam belanjawan atau janji pilihanraya haruslah diteliti dan difikirkan dengan teliti dengan mengambilkira situasi semasa dalam negeri yang mereka tadbir. Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang cuba mengelirukan rakyat kononnya mereka menjadi negeri yang terbaik dari segi ekonomi dan pelaburan , namun hakikatnya mereka hanya mengambil momentum dari usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum itu . Rakyat yang kurang pengetahuan mengenai selok belok pelaburan dan ekonomi akan mudah tertipu dan terpesona dengan angka-angka yang ditunjukkan oleh pemimpin2 Pakatan.


Anwar Ibrahim memukul canang satu Malaysia kononnya sekiranya Pakatan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, perbelanjaan berhemah akan dilaksanakan . Namun kata-kata Ketua Pembangkang ini terlalu hipokrit apabila baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pemimpin-pemimpin Pakatan menaiki jet dalam siri ceramah mereka di Sabah dan Sarawak . Anwar mendakwa jet itu merupakan tajaan , namun timbul keraguan di sini siapa yang menaja dan benarkah jet itu di taja atau di sewa ? Inikah jenis perbelanjaan berhemah yang diwar-warkan Anwar seperti yang selalu di gembar-gemburkan termasuk dalam ucapan belanjawan bajet alternatif 2013 ? Nasihat aku, stay away from hipokrit , sekali dah kena tak boleh patah balik !

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu