Wednesday, September 5, 2012

Insiden Kibar Sang Saka Malaya, Media Indonesia 'sindir' Rakyat Malaysia

Malu malu dan malu, itu lah yang terlintas dalam fikiran bila dapat tahu media Indonesia ulas tentang kejadian kibaran Sang Saka Malaya masa malam sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 55. Dalam banyak-banyak isu yang media Indonesia perlekehkan Malaysia,isu nak tukar Jalur Gemilang lah yang paling memalukan . Apa yang kita boleh nafikan lagi ? Dah terang lagi bersuluh memang ada rakyat Malaysia yang tak ada jati diri dan semangat kebangsaan bila mahu menukar bendera Malaysia.

Rakyat Malaysia disindir media Indonesia disebabkan sekumpulan minoriti pembuat kacau. Dah bagi persepsi buruk dunia kepada semangat nasionalis rakyat negara ini. Rasanya bukan saja Indonesia, malah rakyat negara lain tentu mentertawakan Malaysia sekarang akibat dari perbuatan khianat penyokong2 Pakatan Haram.

Bayangkan kalau negara ini berada dalam peperangan,golongan-golongan ini lah yang akan cabut lari dulu. Depa pandai berteriak terpekik terlolong saja ! Berikut ialah link dari laporan KLPos mengenai sindiran media Indonesia kepada Malaysia dek kebodohan segelintir rakyat yang dipengaruhi pemimpin2 pembangkang di Malaysia.

Tukar Bendera : Media Indonesia Perlekeh Jati Diri Rakyat Malaysia www.klpos.com/analisis/15031
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu