Sunday, September 23, 2012

Identiti Melayu di 'Malaysian'kan , identiti Cina dan India dikekalkan ?

Dari petikan blog Gelombang Wangsa Maju, penulis menghuraikan agenda halus perkauman DAP . Parti chauvinis yang selama ini melaung-laungkan hak kesamarataan rupa-rupanya ada agenda halus yang bertentangan dengan konsep yang mereka perjuangan. Adakah hanya Melayu sahaja yang berada dalam proses di 'Malaysian' kan oleh DAP ? Adakah konsep perjuangan DAP dalam me 'Malaysian' kan rakyat negara ini hanya tertumpu kepada bangsa Melayu dan institusinya ?

Bagaimana pula institusi bangsa-bangsa lain di Malaysia ini? Adakah mereka juga akan di 'Malaysian' kan ? Adakah akan hanya wujud sekolah satu aliran yang berkonsepkan 'Malaysian' saja selepas ini sekiranya Pakatan Rakyat yang ditunjangi DAP mengambil alih negara Malaysia . Tiada lagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil ? Cuba lihat gambar di bawah ini yang diambil dari artikel therocket.com.my milik DAP dan buat penilaian anda di sebalik maksud yang tersirat itu?


Sedikit petikan dari blogger Gelombang Wangsa Maju ; Apa perlu lagi untuk rakyat melihat bukti dihadapan mata betapa sifat perkauman DAP melampaui tahap kotak pemikiran manusia yang waras. Sikap racist dan chauvinist DAP yang mengamalkan politik ekstrim mustahil dapat dikikis sejak dari tahun 1969. Apa agenda sebenar mengubah bangsa Melayu kepada MALAYSIAN dan mengekalkan bangsa Cina dan India dalam kotak grafik seperti di atas. Bukankah ini bukti paling kukuh provokasi dan politik ekstrim DAP ... guna penyapu untuk sapu orang Melayu. What say you Kit Siang, Guan Eng, Karpal Singh, Sakmongkol AK47, Aspan Alias, Anwar Ibrahim.seterusnya


1 comments:

Benda ni antara dua-
Cuba kalau dia buat macam tu, kenapa tak buang sekali Chinese ngan Indian (dan frasa 'Lain-lain')... bukankah diorang pun 'Malaysian' jugak?
Kalau dia buat apa yang aku kata ni, kita diam.
Kalau dia tak buat, kempen seluruh Malaysia yang diorang ni RASIS tahap CELAKA bin LAHANAT dan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia. Photoshoplah sikit gambar tu, buat diorang terasa. Lawan biar guna akal. :D

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu