Sunday, September 2, 2012

Hina Bendera dan Gambar PM, Keselamatan Peserta 'Janji Bersih' mungkin terancam ? PDRM wajib beri mereka 'perlindungan' .

Tahniah DS Hishammuddin , benar tu apa yang di 'tweet' oleh Menteri Dalam Negeri kita ini. Setelah ramai rakyat malaysia melihat insiden yang memalukan tempoh hari (tukar bendera Malaysia dan tunjuk punggung di tempat awam atas gambar PM) tak mustahil keselamatan orang2 yang terlibat berada dalam bahaya. Mungkin ancaman boleh datang dari golongan2 yang semangat patrioritik yang terlalu tinggi. Tak mustahil beb..benda dah tersebar luas, Malaysia ni dihuni oleh macam jenis orang dengan macam jenis perangai .


Gambar2 mamat kurang ajar tu dah tersebar..aku rasa ramai yang tak puas hati ni.  Anytime boleh kena cepuk kalau tersilap langkah..kena cepuk ok lagi , tapi kalau ada yang mengupah orang dari seberang atau thailand untuk 'urus'kan mamat2 kurang ajar tu camne ? 




Oleh itu atas dasar kemanusiaan (walaupun dicemuh oleh puak2 ini) , PDRM harus melindungi keselematan mereka yang terlibat..mohon berikan 'perlindungan' khusus kepada mereka sehingga isu ini sejuk dan dilupakan.



3 comments:

pada pendapat saya, tak payah nak diberikan perlindungan. tangan yang memotong biarkan bahu yang memikul. sekurang kurangnya mereka mereka yang sealiran deganya takut nak lakukan sesuatu yang diluar batasan undang undang. Allah telah berjanji bahawa setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan kejahatan akan juga dibalas kejahatan. usahlah kita nak bersubahat kerana hukum bersubahat itu lebih teruk.

Payah nak baca... Adakah artikel ini hanya sekadar satu sindiran? Bagi saya banyak lagi kerja yang pdrm patut buat, bukan dok jadi balaci puak2 setan ni.....

sarcasm bro... dok dalam penjara pun "dilindungi" jugak..keh keh keh

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu