Monday, September 10, 2012

Adakah PAS bersedia untuk menerima Republik of Malaysia ?

Mungkin ramai pemimpin2 Pakatan menidakkan tuduhan2 mengatakan mereka mempunyai niat untuk menjadikan negara Malaysia ini sebuah republik. Namun tindakan sesetengah penyokong Pakatan dan ucapan pemimpin tertentu mempunyai maksud2 tersirat yang mahukan negara ini ke arah sebuah republik. Mungkin boleh kita katakan PKR dan DAP mempunyai angan2 yang hampir serupa , tetapi lain pula ceritanya dengan

PAS sedangkan parti itu yang sepatutnya menjadi tunjang kepada Pakatan. PAS dari dahulu lagi kita tahu memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam yang ideanya bercanggah dengan pemimpin2 DAP dan PKR . Namun begitu, ketiga tiga parti itu sedar tentang pentingnya kerjasama antara satu sama lain buat ketika ini, oleh itu PAS dianggap perlu melakukan pengorbanan terbesar untuk tidak meneruskan angan2 negara Islam mereka.

PAS walaupun memberi reaksi balas yang 'keras' namun akhirnya mereka menjadi 'bisu' apabila proses 'neutralisasi' dilakukan oleh 'planted MOLE' dalam parti itu . Mungkin 10 tahun dahulu 'pihak pihak' tertentu sedar PAS merupakan parti yang menjadi penghalang kepada mereka untuk menuju Putrajaya selagi dikuasai golongan ulama. Oleh itu, tidak mustahil secara senyap golongan2 'Erdogan' dibawa masuk oleh pihak2 tertentu tadi untuk menjadi pengimbang kepada suara2 ulama PAS.

Dan dalam tempoh 10 tahu 'MOLE' yang ditanam ini mekar tumbuh sehingga menjadi suara lantang mewakili PAS dan menenggelamkan suara ulama. Tak mustahil PAS akan kehilangan identiti apabila propaganda secara halus ini terus dimainkan oleh 'pihak pihak' tertentu. Dan tak mustahil, sekiranya kewujudan anasir2 ini tak ditangani , negara Islam yang diperjuangkan akan menjadi negara republik

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu