Tuesday, August 14, 2012

Utusan Malaysia 'bias' BN , Malaysiakini 'bias PR . So what ?

Artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini  mengenai pengakuan boss Utusan yang mengatakan suratkabar itu 'bias' kepada parti pemerintah agak mengejutkan . Apa tujuan artikel ini , kita tak tahu , tapi aku percaya 99% rakyat Malaysia  tahu Utusan, TV3 dan lain2 'mainstream' media adalah 'bias' kepada pemerintah . Apa yang nak dihairankan ? Media2 'alternatif' seperti Malaysiakini itu sendiri 'bias' pada parti pembangkang . Malah 'mainstream' media yang lain milik pembangkang seperti Harakah , Suara Keadilan dan Roket Kini juga 'bias' kepada pembangkang . Masing-masing ada pendapat tersendiri dalam menyebarkan propaganda .


Namun 'bias' media-media yang menyokong PR adalah lebih teruk kerana terlalu banyak fitnah yang diceritakan , dan fitnah itu diulang berkali-kali sehingga orang terfikir itu adalah sesuatu yang benar , lihat saja selelpas beberapa tahun fitnah2 yang direkacipta itu terjawab dengan sendirinya , misalnya fitnah tentang kepada PM dan isteri beliau . Akhirnya 'kepala' yang membuat fitnah mengaku beliau diupah untuk menulis sedemikian . Mainan persepsi dan fitnah adalah dua perkara yang berbeza , mainan pesepsi adalah 'spin' dan fitnah pula adalah perkara yang terang-terangan tak betul . Portal-portal  yang 'bias' kepada PR mengadunkan kedua-dua nya sekali untuk menampakkan apa yang diceritakan itu seolah-olah sesuatu yang benar .

Tak dinafikan adakalanya media2 'mainstream' yang 'bias' terhadap pemerintah melaporkan beberapa perkara yang tidak tepat yang akhirnya dikenakan tindakan saman . Ini lah yang berlaku kepada Utusan Malaysia ,ini  kerana pemimpin2 PR kita tahu gemar betul terlibat dalam kegiatan saman menyaman ni kalau mereka yakin mereka berada di pihak yang betul , TETAPI untuk hal2 tertentu seperti 'fitnah' video seks tak ada pula tindakan saman walaupun dah dicabar berkali-kali . Berlainan pulak dengan pemimpin2 kerajaan , walau difitnah berkali-kali oleh portal-portal bias PR , mereka terlebih dahulu meminta portal2 itu membuat kenyataan permohonan maaf secara terbuka sebelum tindakan saman dibuat dan kebiasaannya , akhbar2 pemfitnah dan portal pemfitnah Malaysiakini akan membuat kenyataan permohonan maaf utk mengelakkan tindakan saman . Lepas tu... buat fitnah lagi , apa cer ??

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu