Monday, August 6, 2012

SYABAS ubah pendirian mengenai krisis air dan sokong kerajaan PR Selangor ?


Bangun dari tidur, aku baca portal Malaysiakini . Nak tengok apa cerita diaorang 'spin' . Tapi tajuk hari ni betul-betul buatkan aku menyirap darah . Khalid Ibrahim kata SYABAS mengaku Selangor TIDAK berada dalam krisis air. Memanglah sekarang air ada lagi, jalan macam biasa .. buka paip ada , cuma kat tempat-tempat tertentu memang ada masalah ni hinggakan orang berebut-rebut kupon ? Kerajaan Selangor hantar lori tangki air? Apa penjelasan Khalid mengenai hal ini ? Nak bagi alasan itu adalah kes terpencil ? Khalid Ibrahim bercakap mengenai krisis air dengan menggunakan otak beliau sebagai seorang businessman yang gagal dan rhetorical politician.


Kenapa tak dilihat saja dari aspek teknikal ? Berdasarkan laporan Malaysiakini , aku yakin 'statement' SYABAS dah di 'spin' oleh Khalid Ibrahim . Hanya 'point'2 tertentu yang dimainkan oleh Khalid Ibrahim dan mungkin juga wartawan Malaysiakini itu sendiri untuk menunjukkan tiada krisis air di Selangor . Pelik dan ajaib, setelah beberapa lawatan ke loji penapisan air , beberapa banyak sesi penerangan dan macam2 sesi lagi oleh pihak SYABAS , tiba-tiba Khalid Ibrahim boleh kata SYABAS mengaku Selangor tiada krisis air ? Hmm... 'game' yang baru dari Khalid Ibrahim ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu