Friday, August 17, 2012

Sikap munafiq Lim Kit Siang dengan akta 114A , tindakan Undang-undang keatas Pemilik FB Tanda Putera ?


Dari laman web Malaysiakini , versi Melayu . Lim Kit Siang nampaknya tak berpuas hati dengan penjelasan pengarah filem Tanda Putera , Datin Paduka Shuhaimi Baba yang menafikan penglibatan puak-puak DAP dalam filem itu . Lim Kit Siang nampaknya cukup 'sentap' dengan gambar-gambar yang di 'post' oleh pengguna2 Facebook  rasmi filem Tanda Putera yang mengatakan bahawa beliau telah kencing di tiang bendera dalam kediaman Menteri Besar Selangor pada ketika itu . Ada kah Lim Kit Siang bodoh atau bahalol untuk mengetahui bahawa dalam Facebook group page, atau fan page mereka yang 'like' atau jadi ahli member group boleh 'tag' gambar di dalam group atau fan page itu ? Apa nak heran , cuba tengok aja di fan page PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak , bermacam fitnah yang dilemparkan di ruangan komen , beribu-ribu orang boleh baca...fan page PM tu boleh di'moderate' iaitu dibuat tapisan dan segalanya . Tapi komen2 fitnah tu tak dipadamkan , dan Datuk Seri Najib tak pula melompat kemarahan macam Lim Kit Siang ?


Dari artikel yang diterbitkan di Malaysiakini , Lim Kit Siang berkata beliau berhak ambil tindakan undang2 . Nak ambil tindakan undang2 ke atas siapa ? Pengarah filem ? atau tukang bagi komen di Facebook ? , Nampaknya Kit Siang cuba menyalahkan pengarah filem itu sendiri dek tindakan individu tertentu yang meletakkan gambar beliau kencing di tiang bendera , sedangkan didalam fan page Tanda Putera itu bermacam-macam gambar yang diletakkan .


Mungkin 'moderator' FB fanpage itu terlepas pandang dengan 'caption'2 yang diletakkan di dalam gambar . Come on lah ... dah namanya Facebook , tambah2 lagi yang ada kaitan dengan politik , macam fitnah dan gambar2 berunsur fitnah dibuat oleh penyokong2 PR terhadap kepimpinan kerajaan . Atas sebab-sebab perkara sebegini lah aku ada mempersoalkan kewajaran Akta 114A  dikuatkuasakan , orang lain yang buat hal orang lain pulak yang kena ? By the way, sebagai orang yang menentang Akta 114A ini , Lim Kit Siang pun patut faham yang moderator Facebook 'Tanda Putera' itu hanyalah mangsa keadaan .... dah terkena batang hidung ko sendiri pandai pulak nak main tindakan undang2, podahhh !!

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu