Saturday, August 4, 2012

Selepas 'meliwat' NFC , George Kent pulak mangsa Rafizi seterusnya ?

Penguman kumpulan PRASARANA baru-baru ini mengenai syarikat George Kent yang memenangi kontrak LRT Ampang nampaknya membuatkan si Rafizi ni makin tak ketahuan ! Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada PM , kononnya terlibat dalam membuat keputusan . Rafizi mendakwa semua ini hanya berdasarkan dokumen2 yang minima , walhal untuk penilaian proposal komersil dan teknikal sesuatu kontrak memerlukan lebih dari itu .


Kini Tony Pua pulak sedang memasang perangkap meminta kerajaan supaya mendedahkan kontrak yang terperinci . Permintaan-permintaan sebegini boleh dikatakan agak gila , kerana dokumen kontrak komersil dan teknikal adalah sangat sulit malah pesaing-pesaing perniagaan memang menunggu peluang ini untuk dijadikan rujukan mereka pada masa hadapan !!! Secara tak langsung 'membunuh' peluang kontraktor2 yang tender dokumen mereka ini didedahkan untuk sekumpulan 'politcian' bengong (yang mungkin tak pernah terlibat dengan tender2 kejuruteraan) untuk kepentingan politik kotor mereka !

Rafizi dan Tony Pua perlu tahu , kerja2 kejuruteraan ini bukan hanya mengikut 'buku manual' , kerja-kerja ini datang sekali dengan pengalaman kontraktor atau sekutu kontrak . Jadi apa yang si Rafizi merepek tentang sistem pemarkahan PRASARANA itu ? Samada betul atau tidak semua kontraktor yang terlibat dalam projek LRT Ampang adalah yang terbaik dan sama taraf . Dalam kejuruteraan , masing2 akan berkata 'design' yang mereka buat adalah lebih baik dari orang lain . Itu dari segi teknikal ! Dari segi komersil pula 'design' yang baik tu mesti datang sekali dengan harga yang rendah . Jadi penilai2 tender akan membuat keputusan dari situ. Aku biasa siapkan tender2 kejuruteraan ni , both technical and commercial .


Client akan bagi spesifikasi teknikal yang perlu kita patuh . Proposal teknikal yang kita hantar perlu 'comply' dengan spesifikasi yang diberikan , kalau tak 'comply' awal2 lagi dah kena reject. Tak layak untuk dinilai ! Kemudian dihantar pulak 'commercial proposal' , dalam 'commercial proposal' pun ada spesifikasi yang perlu diikut contohnya % bumi dan non bumi share holder, HSE polisi , aset syarikat dan lain2 lagi. Kalau tak 'comply' dengan spesifikasi maka kena reject dan tak layak untuk penilaian. Jadi untuk kes George Kent ini , jelas teknikal dan commercial comply ! Sebab tu pada pusingan pertama penilaian (July 2011) syarikat ni dah diwar-warkan akan menang kontrak berdasarkan harga yang ditawar. Kemudian tarikh penilaian tender dilanjutkan lagi . Hinggalah baru2 ini syarikat George Kent diumum memenangi tender ini.

Penilaian tender2 kejuruteraan ni memang subjektif . Selagi comply technical and commercial 'you are in the game ' .. end of the day , harga yang murah dan kompetitif juga yang dicadangkan ! Dan George Kent menawarkan harga yang lebih murah kerana pada July 2011 , harga yang ditawar ialah RM 1. 3 billion (bidaan yang dihantar pembida bernilai antara RM950 million hingga RM 1.45 billion) , dan apabila diumumkan Prasarana baru2 ini , nilai kontrak yang dimenangi George Kent ialah RM 956 juta lebih rendah dari harga yang ditawar pada pusingan pertama.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu