Thursday, August 2, 2012

Penghapusan duti eksais kereta bakal merugikan pemilik-pemilik kereta ?

Baru-baru ini Rafizi mengumumkan kalau Pakatan menang, harga kereta akan turun . Cadangan Rafizi ialah supaya duti eksais ini dihapuskan .  Dari laman web kastam Malaysia , duti eksais ialah cukai yang dikenakan keatas barang-barang tertentu yang diimport ke Malaysia atau dikilang didalam Malaysia. Dari blog Anwar Ibrahim , mantan Timb. Perdana Menteri tu berkata ;


"hampir semua kereta yang dijual oleh Proton dan Perodua dicukai sekurang-kurangnya 85% dalam bentuk cukai eksais dan cukai jualan; samalah dengan model-model yang dijual oleh Honda, Toyota dan lain-lain."

Aku setuju dengan statement Anwar ini, cuma sekiranya duti eksais ni dihapuskan bermakna sumber pendapatan negara juga akan berkurangan. Ditambah pula dengan pelbagai jenis janji yang lain iaitu penurunan harga minyak, pendidikan percuma, gaji minimum dan macam lagi. Agak ketara disini dengan pelbagai janji Pakatan,  pendapatan negara akan berkurangan dan perbelanjaan pula akan meningkat . Apabila ini berlaku secara berterusan, apa yang pernah diperkatakan oleh Idris Jala mengenai kebarangkalian Malaysia akan bankrap mungkin akan menjadi kenyataaan. Negara-negara Eropah seperti Greece dan Cyprus yang mengamalkan konsep 'negara berkebajikan' dah mendapat kesannya sekarangnya apabila kedua-dua negara itu dihimpit dengan krisis kewangan dan beban hutang yang banyak.

Selain itu polisi menghapuskan duty eksais kereta ini juga mungkin secara tak langsung akan menurunkan nilai kereta bagi pemilik-pemilik kereta yang sedia ada . Misalnya sekiranya, pemilik-pemilik kereta yang sedia ada ini nak menjual kereta mereka , mungkin harga yang boleh dijual tak setinggi dengan harga yang boleh dijual sebelum penghapusan duti eksais ini dikuatkuasakan. Jadi harga-harga kereta second-hand akan turun secara mendadak ! Mungkin untung bagi orang yang takde kereta , tapi pemilik2 kereta memang rugi lah sebab nilai kereta dah turun mendadak . Bila ini berlaku , makin banyak lah kereta2 di jalanraya , masalah kesesakan jalan raya bertambah , statistik kemalangan mungkin meningkat...pheww jauhnya imiginasi aku ! Tapi make sense kan ? Fikir-fikirkan lah :)

2 comments:

so maksudnya hang lebih suka bayar lebih la ni yer? even 80-85% harga sebenar?

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu