Sunday, August 5, 2012

Pemfitnah yang tak belajar fizik , edisi kantoi yang dikantoikan !

Pagi  ni aku nak 'share' kan satu fitnah paling bodoh pernah aku baca . Fitnah ni tak 'properly fabricated' , mungkin tak belajar fizik, atau fail sains masa sekolah dulu . Fitnah ni disebarkan di FB dikalangan Facebookers pro-Pakatan. Dia tulis punca kekurangan air di Selangor adalah disebabkan penutupan paip utama. Daripada 20 paip utama hanya 2 paip yang dibuka . Dia kata staf puncak niaga yang bagi tau . Memang bodoh gila punya teori dan fitnah ni , cuma aku ada yang percaya jadi terpaksa lah aku terangkan kenapa hal ni adalah mengarut gila.


Khalid Ibrahim and the geng setuju loji-loji penapis air dah beroperasi pada 120% lebih dari kapasiti yang sepatutnya . Bila beroperasi 120% , mesin2 termasuk pam pun bekerja dalam kadaran yang sama . Jadi kalau hanya 2 paip yang dibuka dari 20 paip utama yang ada , dan pada masa yang sama pam2 ini beroperasi pada tahap 120% akan menghasilkan tekanan yang sangat tinggi . Silap hari bulan 2 paip utama pun boleh tercabut disebabkan tekanan yang sangat tinggi tu . Lagi satu kalau dah tutup 2 paip utama, dengan tekanan yang tinggi ni , air nak sampai ke rumah flet tak jadi masalah . Sekarang , orang2 yang menghadapi masalah kekurangan air ni komplen air tak sampai atau air pada tekanan rendah ,  yea tekanan rendah ... ini Khalid Ibrahim sendiri yang cakap . Cuba tengok kat media Selangorku milik kerajaan PR ni .. memang dia kata tekanan rendah.


Jadi kalau mengikut hukum fizik , kalau pam2 beroperasi pada kapasiti 120% , tapi hanya 2 saja paip utama dibuka dari yang sepatutnya iaitu 20 ,  maka tekanan air sepatutnya tinggi . Kalau tak percaya, cuba study pasal Bernoulli's Equation dan Continuity Equation dalam Fluid Mechanics... kantoi !

11 comments:

Yg cantiknya loji tak overflow la pulak......

Salam sejahtera..mohon link blog KL BOYZ Channel disini..
http://klboyzwangsa.blogspot.com/

Puak ni study setakat level Mahfuz Bean je. SPM pun pangkat 3. Mana le nak belajar hukum fizik sampai macam tu. Semua bodoh piang...

Salam... mohon link artikel ni...

hehehe nak buat camne lagi ..

boleh je share

tak paham apa yang kau cakap ....
bagi ler tengok blue print utk system paip utk logi yang diaoarang tu cerita, baru kita cerita dari segi technical dan theory ...

simple fizik , tak perlu blueprint ke hulu ke hilir ,argument kat atas memang tak betul , kalau lu engineer aku suggest study balik fluid mechanics

ai, yang rasa pandai fizik tu, tolong buka balik buku fizik, baca apa dia tekanan (pressure), force (daya) dan area (luas permukaan), kemudian baru mai balik sini . kalau ikut hangpa ni, maknanya, kalau sewaktu tiada masalah air, mau pecah tangki dan paip-paip dalam rumah sebab tekanan tinggi. kalau tak pandai, mengakulah tak pandai, jangan memandai, dan ingat orang lain tak reti. Sisitem tu dah didesain supaya semua paip tu boleh ditutup dan masih tak meletup. Kalau terpaksa buka semua paip, baik tak payah ada paip.

nak tnjuk pandai sangat, ko penah tengok ke mcm mane sistem agihan air? aku rase ko ingat satu pam ade banyak pipeline sbb tu ko pkai teori bernoulli. sbnarnye mcm ni, yg die mksudkan tu ade 20 pipeline dgn satu pam utk setiap pipeline tp drp 20 hanya 2 je yg bekerja sbb tu la xde distribution pressure. maintenance pam blum kira lagi.

prfttt.. kalau 1 pam untuk setiap pipeline , distribution untuk 18 pipeline lagi tu distribution pressure dia mai dari mana ? atau depa tutup terus 18 pipeline tu , ynag beroperasi hanya 2 pipeline untuk salur ke semua tempat ...perghhh dahsyatttt

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu