Saturday, August 25, 2012

Pelaburan di Penang merudum dari RM 9.1 billion kepada RM 1.147 billion je ? Guan Eng buat apa ?

Ni cheq nak habaq mai satu cerita pasal pelaburan di Penang  . Satu ketika dulu Cip Minister 'khalifah' Lim Guan Eng punya lah dok canang satu Malaysia pasal pelaburan yang melimpah ruah di Penang .. yang padahal kebanyakkan usaha pelaburan itu diusahakan oleh kerajaan pusat dan kerajaan sebelumnya (Lim Guan Eng ambik hasil dan dapat nama ja., gua pernah cerita pasal ni dulu .. klik sini) . Ramai orang tanjung dok percaya dengan dia punya gebang tu....Malangnya baru-baru ini dikatakan pelaburan domestik dan asing di Penang dari January 2012 hingga May 2012 baru RM 1.147 billion berbanding RM 9.1 billion tahun lepas . Tu diaaaaa.... turun banyak tu beb ?


Apa Lim Guan Eng dok buat ... lepas dapat nama atas kerja keras orang lain (kerajaan BN yang terdahulu) dia dok goyang kaki ja ka ? Pelaburan yang bernialai RM 1.147 billion itu juga dikatakan pelaburan semula syarikat yang sedia ada . Walhal agak kerap juga Lim Guan Eng melancong ke luar negara terutama Korea dan China . Hang dok buaat apa kat sana ? Makan angin dengan duit rakyat ka ? Nak makan angin ok , tapi hasil kena ada la beb ... ni setakat auta ja lebih . Kalau keadaan macam ni berterusan , alamatnya industri kat Penang akan jadi statik . Buat orang Penang , ganti saja lah pentadbiran yang ada sekarang ni kepada pentadbiran dahulu (BN) yang lebih mantap . Make sure orang Penang yang pegang jawatan Ketua Menteri Penang dan bukan orang luar yang bakal melingkupkan negeri kita !

2 comments:

This comment has been removed by the author.

Hi, now you can try book the bus ticket online.

I thk it can check the price and bus schedule from Penang to Kelantan.

I normally will buy the bus ticket from Penang to Kelantan online.

Im Kelantan ppl^^

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu