Tuesday, August 28, 2012

Pandangan Akademik Mengenai Pindaan Akta 114A .

Terima kasih aku ucapkan kepada Dr. Abdul Rani Kamaruddin yang meletakkan pandangan ilmiah beliau mengenai entry blog Akta 114A yang aku tulis baru-baru ni . (klik sini) . Aku amat mengalu-alukan pandangan-pandangan yang bersifat akademik dari pakar dalam isu yang sedang di perbahaskan . Berikut adalah komen Dr. Abdul Rani yang aku rasa perlu dikongsi supaya maksud pindaan Akta 114A ini menjadi lebih jelas.


"Ramai yang keliru dengan maksud pindaan pada 114a Akta Keterangan dan tidak kurang juga yang menangguk di air keruh dengan mengelirukan lagi keadaan terhadap orang yang agak jahil pengetahuan undang2. Maka ada juga cuba nak jadi hero seolahnya mereka pun arif berkenaan pindaan tersebut seolahnya mereka juga arif dalam undang2 dan mempunyai kelayakan undang2."

"Andaian dalam matapelajaran keterangan (Evidence law) ada 3 tahap ;

(i) andaian muktamad
(ii) andaian undang2 yang boleh disangkal
(iii) andaian fakta [may).

"Andaian fakta adalah andaian yang paling rendah dmana hakim mempunyai budubicara (may) untuk menerima pakai atau tidak berbanding andaian undang2 seperti mana-mana orang yang memiliki dadah tanpa sah dengan jumlahnya melebihi kadar yang ditetapkan, maka andaian undang2 adalah dia mengedar dadah tersebut dan hanya dapat dipatahkan dengan membawa bukti pada tahap imbangan keberangkalian."

"Makanya andaian fakta pada seksyen 114 Akta Keterangan ini bukannya sesuatu yang perlu diributkan kerana penghjungnya hakim yang memutuskan untuk menerimanya atau tidak. Penghujungnya, OKT tidak akan disabitkan dengan pertuduhannya jika pendakwa gagal membuktikan kesnya pada tahap tanpa keraguan yang munasabah i.e. lebih tinggi dari pada tahap imbangan kebarangkalian."

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Maka dengan penjelasan Dr. Abdul Rani ni , maka tak perlu lah blogger2 , pemilik2 cyber cafe , pemilik akaun twitter dan sebagainya risau sekiranya anda menjadi "mangsa keadaan" . Kalau tak buat salah dan dianiaya pihak tertentu.. insyallah anda akan selamat .

Cuma yang tak berapa 'best" proses pembuktian tak bersalah tu mungkin akan memakan wang dan masa , silap hari bulan boleh dapat "glamour" secara percuma . Jadi kena lah sabar sikit dalam melalui proses-proses penghakiman ni ..

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu