Sunday, August 26, 2012

Memalukan ! Majlis Anwar dipulaukan rakyat Selangor .

Cerita basi der..Hari ni aku baru berkesempatan baca 'posting' seorang sahabat blogger , cerita dah lama masa bulan puasa .. sebelum hari raya . Terkejut juga dengan apa yang diceritakan oleh sahabat blogger berkenaan dalam posting beliau . Walau pun cerita dah basi .. aku rasa teruja nak letakkan gambar2 majlis berbuka puasa bersama Anwar Ibrahim di kediaman Menteri Besar Selangor . Majlis yang dianjurkan oleh ABIM itu dikatakan mendapat sambutan hangat ... opssss .. hangat dikalangan pecacai-pecacai tegar Anwar Ibrahim . Nampaknya, gembar-gembur yang disebarkan oleh Anwar Ibrahim bahawa rakyat berdiri teguh di belakang Pakatan Rakyat adalah benar sekali ... yea lah Anwar terlupa , rakyat ni ada macam-macam background .


Mungkin yang dimaksudkan segelintir rakyat yang menyokong perjuangan palsu kumpulan Pakatan . Entah apa istimewanya Anwar , badan seperti ABIM sehingga sekarang masih menyokong beliau , peliknya ada bekas pemimpin ABIM mengakui ada sesuatu yang tak kena dengan insan yang bernama Anwar Ibrahim ini . Sambutan 'hangat' terhadap Anwar sebenarnya bukan saja berlaku di majlis berbuka puasa ini , malah khabarnya banyak lagi tempat lain berlaku perkara yang sama . (klik sini untuk cerita penuh dari Cucu Tok Selampit)


Adakah rakyat dah mula membuka mata dengan ? Tak apa lah walaupun lambat , rakyat akhirnya sedar sedikit demi sedikit , terima kasih juga diucapkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib , kerana dengan usaha berterusan tanpa jemu beliau gelombang perubahan sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional mula menampakkan hasil. Samada jatuh atau bangun kerajaan Barisan Nasional selepas ini , Datuk Seri Najib telah memberikan yang terbaik dalam tempoh yang agak singkat selepas mengambil alih jawatan dari Perdana Menteri yang sebelumnya. Mungkin banyak lagi yang boleh dilakukan sekiranya rakyat memberikan masa yang lebih banyak kepada beliau.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu