Friday, August 24, 2012

Mansor PKR kata Guan Eng 'angkuh' dan dianggap 'tokong' ?

Laporan minit mesyuarat PKR Pulau Pinang yang bocor seperti yang dilaporkan Malaysiakini nampaknya menggegarkan lagi gabungan kumpulan Pakatan Rakyat . Kalau sebelum ini kita dilaporkan dengan krisis dalaman DAP dimana pemimpin tertinggi DAP Pulau Pinang yang saling bercakaran , disusuli pula kontroversi hudud PAS - DAP . Terbaru PKR pula menujukan 'serangan' terhadap DAP didalam mesyuarat mereka baru-baru ini . Lim Guan Eng dikatakan pemimpin yang angkuh ! Entah bagaimana minit mesyuarat itu boleh terlepas, tetapi jelas diantara gabungan 3 parti ini , masing-masing mungkin 'menanam' seekor 'mole' atau perisik di kalangan parti gabungan masing2. DAP mungkin ada perisik mereka di PKR atau PAS , juga sebaliknya PAS atau PKR juga melakukan perkara yang sama. Hal seperti ini berlaku kerana masing2 tak ada kepercayaan terhadap rakan kongsi mereka.


Belum lagi diberikan kuasa untuk memerintah negara , dah jadi kucar - kacir , entah apa yang akan berlaku apabila mereka mula memerintah negara . Ketidak sefahaman ini mungkin akan cuba ditutup oleh 'ketua' Pakatan Rakyat itu sendiri iaitu Anwar Ibrahim . Namun dengan pelbagai kontroversi dalam kumpulan Pakatan yang berlaku baru-baru ini sejauh manakah kredibiliti Anwar mampu untuk meredakan keadaan ini ? Sedangkan 'ketua' Pakatan itu sendiri mempunyai masalah yang perlu beliau fikirkan . Katanya masih banyak lagi pendedahan dan video bakal didedahkan ?

Dalam petikan portal Malaysiakini ,Mansor dalam minit berkenaan juga menyatakan bahawa sukar untuk bekerjasama dengan Lim kerana ketua menteri itu semakin "angkuh", dan Lim juga dianggap sebagai "tokong" oleh golongan Cina tempatan. Krisis ni berlaku mungkin akibat ketidak puasan hati dalam pengagihan kerusi pilihanraya di Pulau Pinang. DAP mungkin tak yakin dengan PKR yang menangung liabiliti besar dengan menjadikan Anwar Ibrahim yang mempunyai masalah moral keterlaluan sebagai ketua umum parti itu. Masing-masing sedar kumpulan PR berada dalam posisi yang terbaik di Pulau Pinang dan sekiranya menang , mereka bakal menguasai antara negeri yang terkaya di Malaysia. Bila sikap tamak dah berleluasa , rakan sendiri pun sanggup ditikam ... inilah sikap kumpulan Pakatan yang dikatakan bersih dan telus itu . Mungkin akan ada kejutan apabila parlimen dibubarkan nanti?

laporan penuh Malaysiakini .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu