Wednesday, August 8, 2012

Malaysiakini merendahkan ketahanan mental Chong Wei dengan tekanan ?

Dah namanya dari Malaysiakini , apa yang ditulis memanglah sesedap hati dan dengan sengaja untuk menjatuhkan kredebiliti isteri Perdana Menteri sebagai penaung Persatuan Badminton Malaysia . Kolumnis Malaysiakini yang bernama Mariam Mokhtar ini sengaja mencari isu yang membolehkan rakyat mengaitkan kekalahan Chong Wei dengan kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor . Mariam berpendapat , kehadiran Rosmah  menambahkan lagi tekanan kepada Chong Wei dan seterusnya mengundang kekalahan beliau! Ini lah persepsi yang cuba dibawa oleh beliau kepada pembaca Malaysiakini .


Apa yang ditulis oleh Mariam , secara tak langsung menggambarkan Chong Wei adalah atlet yang takde daya tahan terhadap tekanan . Beliau secara tak langsung merendah-rendahkan keupayaan Chong Wei sedangkan apa yang kita saksikan semasa perlawanan tempoh hari , Dato Lee Chong Wei memberikan yang terbaik , kemenangan jaguh dari China, Lin Dan lebih kepada nasib . Ada juga perlawanan-perlawanan penting yang Chong Wei tumpas tanpa kehadiran Rosmah , kenapa kolumnis Malaysiakini itu tak melihat dari sudut ini ?


Pecacai-pecacai upahan pro-Pakatan mungkin sudah melihat gelombang dan tenaga positif Datin Seri Rosmah Mansor baru-baru ini dengan pelbagai pendedahan yang membersihkan nama beliau. Apa yang cuba dilakukan sekarang adalah untuk cuba menanam semula benih2 kebencian itu. Datin Seri Rosmah hanya memberi sokongan moral dan itulah yang diperlukan oleh jaguh2 sukan kita ! Takkan lah masa perlawanan sukan pun nak bawak bendera parti politik macam sesetengah puak tu ? Sukan sepatutnya menjadi medium menyatukan rakyat bukan untuk memecahkan belahkan rakyat seperti yang cuba dibawa oleh pecacai2 dan pemimpin Pakatan Haram

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu