Saturday, August 4, 2012

Kalau Rafizi 'terlepas' dari BAFIA , orang boleh percaya lagi institusi perbankan negara ?

Semalam , selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi UMNO di PWTC , DS Najib telah membuat satu 'press conference'  dan satunya menyentuh tentang penahanan Rafizi di bawah BAFIA .Apa yang diperkatakan oleh PM memang tepat sekali . Sekiranya akaun peribadi seseorang tu boleh diperoleh dan dipamerkan sesuka hati pada awam , siapa lagi yang nak menyimpan duit mereka di bank Malaysia ? Akaun peribadi adalah hak milik peribadi seseorang dan juga sesuatu yang 'privasi' .

Sekiranya , Rafizi merasakan tak apa untuk menyelongkar akaun peribadi seseoarang apakata beliau dedahkan juga akaun peribadi Anwar Ibrahim . Anwar lebih cerdik dari Rafizi , ingat lagi pasal pendedahan bekas penolong Gabenor Bank Negara yang membuat pendedahan mengenai kaitan wang RM 3 billion dengan Anwar ? Katakan beliau ada rekod RM 3 billion wang Anwar seperti yang didakwa , tapi beliau tahu kalau dedah pada umum maka beliau juga bakal menerima nasib yang sama seperti Rafizi.

Satu lagi, apa yang amat dikesalkan ialah sikap pegawai bank yang bersekongkol membuat kerja jahat ni si Johari Mohamad . Entah berapa lah yang dah disumbat oleh Rafizi terhadap pegawai bank ini .SPRM perlu siasat ! Takkan lah si Johari ni tak dapat apa2 upah ?  Mesti Rafizi ada jolok beberapa ribu ni . So sekarang ni boleh buka 2 kertas siasatan . Satu sebab dedah maklumat akaun pada public , dan satu lagi sebab kemungkinan memberi dan menerima rasuah untuk dapatkan maklumat akaun. Pihak bank perlu ambil langkah yang pro-aktif untuk elak semua ni dari berulang .


Mungkin perlu upgrade sistem , untuk dapatkan maklumat akaun hanya pegawai2 yang terpilih saja yang boleh 'access' kerana mereka lebih ada kredibiliti dan bukan hanya kerani . Buat penambah baikan dalam sekuriti , contohnya untuk 'print' maklumat akaun , pemilik akaun perlu memberikan IC atau memasukkan nombor pin. Perlu ingat sebelum pisang berbuah dua kali. Tak mustahil maklumat2 akaun sebegini boleh 'dijual' oleh pegawai2/kerani2 bank yang tak amanah untuk satu kepentingan tertentu !

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu