Monday, August 27, 2012

Janji ditaburi , penduduk kondo dan pangsapuri berputih mata dengan air percuma di Selangor

Ini lah yang dikatakan beza antara JANJI DITEPATI dan JANJI DITABURI . Janji Pakatan 'Rakyat' akan memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor semasa PRU ke -12 nampaknya tak kesampaian . Tak semua penduduk Selangor yang peroleh 20 meter padu air percuma ini . Yang menerima air percuma ialah rumah-rumah yang ada meter individu ,  rakyat kurang berkemampuan yang tinggal di rumah-rumah pangsa guna meter pukal terpaksa berputih mata .


Dari laporan KLPOS.

"Pengguna meter pukal seperti di flat kos rendah, pangsapuri dan kondominium sehingga kini masih menggigit jari dan kempunan untuk menikmati air percuma itu, sedangkan orang kaya dan berkemampuan menikmatinya. Adakah ini yang dikatakan adil?," katanya.

Beliau turut memberitahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim pernah mendedahkan bahawa terdapat 765 blok kondominium dan 643 blok pangsapuri masih belum menikmati subsidi air percuma kerana masih menggunakan meter air pukal.

"Walaupun kerajaan negeri Selangor mengeluarkan kupon kepada penghuni pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal hanya 35,000 orang sahaja yang mendapat kupon bagi subsidi air percuma setakat ini.

Berita seterusnya

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu