Friday, August 10, 2012

Isu BAFIA : Public Bank jadi 'alat' politik PR ?



Dalam kerancakan pendedahan akaun NFC oleh Rafizi pada satu ketika dulu, apa yang amat dikesali ialah pihak pengurusan Public Bank terus berdiam diri tanpa membuat sebarang kenyataan umum permohonan maaf kepada pelanggan mereka NFC, akibat dari kelemahan pemantauan bank itu sendiri dalam pengaliran keluar masuk maklumat dan data-data pelanggan. Bank sepatutnya menjadi satu institusi bebas yang lebih mementingkan pelanggan tanpa mengambil endah elemen-elemen politik yang cuba memanipulasi institusi kewangan itu. Walaupun kesalahan dilakukan oleh kerani, pihak pengurusan Public Bank seharusnya mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang.

Tindakan Rafizi mendapatkan maklumat akaun pelanggan dengan bantuan 'orang dalam' tanpa pengetahuan pengurusan Public Bank boleh diumpamakan seperti kesalahan mencuri. Public Bank mungkin boleh mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi dan bekas kerani mereka, namun sehingga kini masih tidak ada apa-apa tanda ke arah itu. Sekiranya NFC boleh menyaman Public Bank , kenapa Public Bank tidak mengambil langkah yang sama menyaman Rafizi dengan alasan 'mencuri' maklumat pelanggan mereka ?

Analisis penuh di KLPos

1 comments:

Inilah contoh Melayu dapat peluang bisnes juta2 tapi guna bank Cina untuk simpan duit. Tipikal Melayu yang kononnya bersemangat kebangsaan sangat selaras dengan DEB dan sebagainya. Mana ekonomi Melayu tak mundur sebab setiap sen duit yang masuk ke kantung Melayu akan mengalir deras ke tabung orang Cina, sama ada melalui saluran peruncitan dan termasuk institusi kewangan sebegini.

Mohon maaf tidak menurut topik jurublog

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu